Orang Yang Berqurban, Belum Tentu Berkorban?


oleh: Dr. Muhamad Faisal

🚩 Qurban dalam bahasa Arab tidak sama dengan korban dalam bahasa Melayu. Qurban apabila dikaitkan dengan Hari Raya AidilAdha, ia bermaksud ibadat sembelihan. Manakala, korban dalam bahasa Melayu bermaksud seseorang yang berhabisan untuk agama. Penjelasannya seperti berikut:

PERTAMA - Korban berasal dari perkataan Bahasa Arab yang membawa makna “dekat”. Ia pada asasnya membawa maksud sesuatu yang dikemukakan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dengan pengertian ini, ia meliputi zikir, solat, selawat, sedekah dan lain-lain dilakukan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.

🔺Dengan pengertian yang umum ini, Qurban tidak semestinya merujuk kepada sembelihan kerana perkataan ini mempunyai maksud yang luas. Dengan kata lain, solat dan sedekah pun dianggap sebagai qurban kerana ia termasuk dalam perkara yang dikemukakan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ia tidaklah pelik kerana kerana dalam bahasa melayu, apabila disebut korban (sempena Hari Raya Aidiladha), ia membawa maksud sembelihan binatang seperi kerbau dan lembu. Agak pelik apabila disebut untuk korban ayam, apatah lagi korban solat atau korban sedekah. Perkataan korban itu dalam bahasa Melayu merujuk kepada adat sembelihan.

📌Namun dalam kitab Fiqh, para ulama dahulu membicarakan bab sembelihan ini, mereka tidak menggunakan perkataan qurban tetapi menggunakan perkataan udhiyyah (أضحية). Ia perkataan yang lebih khusus maknanya yang merujuk kepada ibadat korban sembelihan. Perkataan ini ada kaitan dengan perkataan "Adha" atau Aidil Adha.

Nota: Dalam kalangan orang Melayu ada ungkapan "Hari Raya Korban". Bahasa Arab tiada istilah "Aidil Qurban"

🚩Perkataan "qurban" ada digunakan dalam al-Qurban yang mengisahkan dua orang anak Nabi Adam yang diperintah mengemukakan Qurban. Qabil berkorban hasil tanaman secara sambil lewa manakala Habil berkorban binatang yang gemuk. Adapabila Qabil berkorban hasil tanaman, ia bermakna perintah korban di sini tidak semestinya haiwan, tetapi boleh juga perkara lain. Namun, korban Qabil tidak diterima kerana ia dilakukan sambil lewa, manakala korban Habil diterima kerana ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ini bermakna ibadat korban perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sempena hari raya Aidil Adha, perintah ibadat sembelihan adalah tuntutan sunat muakkad. Setiap rumah patut ada yang melaksanakan ibadat ini. Ganjarannya banyak. Mungkin lebih tepat ialah istilah ibadat sembelihan.

KEDUA - Perkataan korban dalam bahasa Melayu tidak sama dengan Qurban. Korban di sini membawa maksud “seseorang yang sanggup bersusah payah menghabiskan masa, tenaga dan mungkin nyawanya demi agama”. Kalau korban dengan maksud ini, perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya ialah Jihad. Ia menggambarkan kepayahan dan kesusahan, tetapi tidak semuanya dianggap sebagai jihad. Hanya susah payah kerana agama sahaja dianggap sebagai jihad.

Masalahnya ialah, sesetengah orang mungkin berasa sudah berpuas hati dengan ibadat korban yang dilakukan kerana ia telah memenuhi tuntutan Islam dan tidak perlu lagi bersusah payah kerana agama. Inilah masalah apabila terjemahan daripada perkataan arab itu membawa maksud yang berbeza dengan bahasa melayu. Mungkin perkataan “korban” yang digunakan dalam bahasa melayu itu patut untuk ditambah dengan “korban sembelihan” untuk lebih menjelaskan makna korban disini ialah ibadat sembelihan.

Ringkasnya, setiap satu perkataan yang digunakan membawa maksud yang tersendiri. Ia perlu diperhalusi supaya kita menggunakannya dengan cara yang betul. Akhirnya membawa amalan dan tindakan yang tepat.

Kita berqurban - maksudnya kita melakukan ibadat sembelihan.
Kita berkorban - maksudnya kita berjihad memperjuangkan agama.

Janganlah anggap melakukan ibadat sembelihan itu bermakna telah pun berhabis-habisan memperjuangkan Islam. Ia tidak semestinya begitu. Kalau masih lagi belum terkorban masa, tenaga dan sebagainya, ia belum lagi berjuang. Ia mungkin bersedekah, tetapi belum masuk kategori berjuang.

P/s: Orang yang berjuang, pasti akan
1- Terkorban harta - banyak menghabiskan harta sehingga tidak sempat kaya, tetapi tidaklah susah. Kerja dakwah memang memerlukan kepada biaya yang besar dan banyak.
2- Terkorban masa - hanya sedikit waktu yang dapat diberikan untuk bersama anak isteri dan juga waktu rehatnya sedikit.
3- Terkorban tenaga - Seluruh atau sebahagian besar tenaganya diperuntukkan untuk Islam.

ORANG YANG BERKORBAN (BERJIHAD), TETAPI BELUM TERKORBAN (MASA, HARTA, TENAGA), BELUM LAGI BERKORBAN (BERJIHAD).

Sumber: https://www.facebook.com/1068608309825290/posts/2539782216041218
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget