Kibarkan Jalur Gemilang,Bina Negara Dengan Cinta


oleh: Nurul Amin Bin Hamid
5 Ogos 2019

Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-62 bagi tahun 2019, penuhilah dengan kibaran jalur gemilang tanda rasa cinta kepada negara yang perlu dipelihara bersama.

Nilai sebenar Kemerdekaan didalam Islam ialah apabila manusia memusatkan pengabadian hanya kepada Allah, tidak terpengaruh dengan budaya asing yang bercanggah dengan Pencipta Yang Maha Agung.

Anak muda mahukan negara Malaysia dibina dengan rasa cinta,menolak segala unsur kebencian melampau, mengangkat semua rasa kebertanggungjawaban,
dan penuh dengan kasih sayang.

Malaysia perlukan kesejahteraan yang dibina melalui kesefahaman harmoni kesemua rakyat,dan perpaduan yang ditonjolkan Islam adalah model terbaik terbukti sepanjang zaman.

Malaysia perlu bersih daripada unsur jahat yang mementingkan diri, daripada golongan yang irihati keharmonian antara kaum,dan daripada kepimpinan yang menggadai harapan rakyat.

Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih

Nurul Amin Bin Hamid ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget