"Khat Jawi: Dap Jangan Cetuskan Sentimen Agama"



1. Tindakan radikal pemimpin DAP yang mengaitkan sentimen agama dan perkauman dalam isu pendidikan khat Jawi amat merbahaya kepada semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Terbaru, Dong Jiao Zong (DJZ) mendesak pelaksanaannya dibatalkan kerana mendakwa mempunyai unsur agama adalah dangkal dan berniat jahat.

2. Momokan melampau DAP, sebenarnya bersifat menghasut penganut bukan Islam terutamanya untuk terus bersikap prejudis keterlaluan terhadap Islam. DAP dilihat cuba menimbulkan pertembungan antara rakyat pelbagai kaum dan agama dengan menyemarakkan lagi bakaran api prejudis perkauman dan agama.

3. Ancaman ekstrem ciptaan DAP ini perlu dihentikan segera oleh pihak berwajib. Jika tidak dibendung segera, dibimbangi akan mengalakkan lebih ramai individu dan kumpulan seperti Dong Jiao Zong yang akan menggunakan isu perkauman sempit dan ekstrem yang akan menggugat keharmonian negara.

4. Walaupun banyak pihak telah tampil memberi penjelasan mengenai pelaksanaan khat Jawi tersebut yang bersifat seni dan tiada kaitan dengan agama, namun para penentang ini seolah-olah dibutakan oleh semangat perkauman sempit mereka

5. Kami mengingatkan DAP dan Dong Jiao Zong supaya berhenti menggunakan sentimen perkauman dan agama secara ekstrem demi mengekalkan semangat perpaduan antara kaum dan agama yang telah terjalin kukuh selama ini.

6. PAS menggesa semua pihak untuk akur dan menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

"Islam Memimpin Perpaduan"

KAMARUZAMAN MOHAMAD ialah Ketua Penerangan PAS Pusat

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget