NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kempen sokong produk Muslim




oleh: Dr Ahmad Sanusi Azmi

1. RASULULLAH pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam. Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah dan memerangi Islam, Baginda berdoa kepada Allah supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekanan ekonomi. Baginda Nabi berdoa:

Ų§Ł„Ł„Ł‡Ł… Ų£Ų¹Ł†ŁŠ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡Ł… ŲØŲ³ŲØŲ¹ ŁƒŲ³ŲØŲ¹ ŁŠŁˆŲ³Ł . ŁŲ£ŲµŲ§ŲØŲŖŁ‡Ł… Ų³Ł†Ų© Ų­ŲµŲÆŲŖ ŁƒŁ„ Ų“ŁŠŲ” Ų­ŲŖŁ‰ ŁƒŲ§Ł†ŁˆŲ§ ŁŠŲ£ŁƒŁ„ŁˆŁ† Ų§Ł„Ł…ŁŠŲŖŲ©

"Ya Allah, bantulah daku dengan menimpakan sesuatu ke atas Quraysh seperti kemarau tujuh tahun yang menimpa kaum Nabi Yusuf. Maka Quraysh ditimpa tahun kemarau sehingga mereka terpaksa memakan bangkai." (HR al-Bukhari).

2. Keadaan kemarau dan ekonomi yang meruncing ini benar-benar memberikan tekanan kepada Quraysh sehingga Abu Sufyan datang memohon kepada Rasulullah agar mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat Qurasyh. Kata Abu Sufyan:

Ų£ŁŠ Ł…Ų­Ł…ŲÆ، Ų„Ł† Ł‚ŁˆŁ…Łƒ Ł‚ŲÆ Ł‡Ł„ŁƒŁˆŲ§، ŁŲ§ŲÆŲ¹ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų£Ł† ŁŠŁƒŲ“Ł Ų¹Ł†Ł‡Ł… ŁŲÆŲ¹Ų§

"Wahai Muhammad, sesungguhnya kaummu sedang binasa. Maka doa kepada Allah agar diangkat musibah ini, lalu Rasulullah mendoakan mereka.

3. Selain itu, seorang sahabat Nabi bernama Thumamah ibn Uthal al-Hanafi turut pernah mengenakan boikot ekonomi terhadap Quraysh. Ketika beliau datang untuk menunaikan Umrah ke Mekah, Quraysh mendakwa Thumamah telah terkena sihir Muhammad. Thumamah yang juga ketua kaumnya bersumpah akan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Quraysh. Kata Thumamah:

Ł„Ų§ ŁˆŲ§Ł„Ł„Ł‡ Ł„Ų§ ŲŖŲ£ŲŖŁŠŁƒŁ… Ł…Ł† Ų§Ł„ŁŠŁ…Ų§Ł…Ų© Ų­ŲØŲ© Ų­Ł†Ų·Ų© Ų­ŲŖŁ‰ ŁŠŲ£Ų°Ł† ŁŁŠ Ų°Ł„Łƒ Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł…

"Demi Allah, tidak akan ada satu biji gandum pun daripada al-Yamamah yang akan dieksport ke Mekah sehinggalah kami mendapat keizinan Rasulullah." (HR al-Bukhari)

4. Tekanan dan kepungan ekonomi juga pernah dikenakan ke atas Yahudi Bani al-Nadhir yang telah melanggar perjanjian dengan Rasulullah. Beberapa insiden ini menunjukkan tindakan tegas Rasulullah dan sahabat terhadap kaum yang memusuhi Islam.

5. Kuasa membeli adalah ditangan anda. Majoriti pengguna adalah Muslim. Sekiranya sesuatu kaum jelas menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin, maka jihad ekonomi adalah salah satu daripada jalan menghadapinya.

6. Dalam masa yang sama, Muslim juga seharusnya membantu produk Muslim yang lain dalam membina kekuatan ekonomi buat kaum Muslimin itu sendiri.

Ikuti Page Kempen Sokong Produk Muslim untuk mengetahui lanjut tentang produk serta kempen ini.

Beli produk Muslim sahaja!

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo