Kemelut Selangor: Masa terbaik singkirkan DAP


oleh: Ahmad Fadhli Shaari
8 Ogos 2019

Saya menyeru rakan-rakan ADUN di Selangor untuk mengambil langkah pada masa yang terbaik hari ini untuk menyingkirkan DAP dari pentadbiran negeri Selangor. Menteri Besar Selangor wajar memulakan langkah proaktif mengadap DYMM Sultan Selangor bagi mewajarkan rombakan exco negeri Selangor dengan mengeluarkan semua ahli exco daripada DAP seterusnya menyingkirkan Speaker DUN Selangor yang juga daripada parti tersebut.

Sekiranya sokongan daripada UMNO dan PAS diperlukan, tiada sebab untuk kedua-dua parti ini walaupun dengan jumlah kerusi yang kecil menolak untuk bekerjasama menjayakan agenda ini.

Jika permulaan terlerainya Pakatan Rakyat adalah Langkah Kajang di Selangor, tiada yang pelik jika lerainya Pakatan Harapan juga bermula dengan Langkah Sekinchan di Selangor.

Jika ada yang masih berpura-pura tidak nampak dengan kemelut Selangor ini, saya kira ia adalah situasi yang sangat malang.

Ahmad Fadhli Shaari, ialah Ahli Parlimen Pasir Mas.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget