Jawi khat: ‘Baik Wan Azizah bincang isu UEC dengan PM’ - ISMA


BANGI, 5 Zulhijjah 1440H, Selasa – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menutup pintu perbincangan berhubung isu pelaksanaan tulisan jawi di sekolah, kerana bimbang akan berlaku pusingan U dalam keputusan berkenaan.

Presiden Isma, Aminuddin Yahaya berkata, jika perkara itu berlaku, sudah pasti pendirian kerajaan sebelum ini akan menjadi bahan ketawa kepada rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam, yang berhasrat berbincang dengan Dr Mahathir berhubung keputusan kerajaan memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat.

"Sebab itulah kita tidak boleh mudah percaya dengan orang politik yang tiada pendirian dan objektif dalam berpolitik. Mereka ini kalau disergah sedikit sahaja, sudah menggelabah dan goyah.

"Saya cadangan agar Timbalan Perdana Menteri berbincang mengenai UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu). Ini lebih baik dan penting," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Wan Azizah dilaporkan berkata, pihaknya mengambil maklum keresahan masyarakat Cina apabila kerajaan akan memperkenal tulisan khat yang dijangka bermula tahun depan.

"Saya mengambil maklum mengenai perkara itu dan saya akan bincang dengan Perdana Menteri, walaupun beliau telah mengeluarkan kenyataan kita akan berjumpa dan berbincang dengan lebih mendalam," kata Wan Azizah.

Sabtu lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan berpegang kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak pernah menghalang penggunaan tulisan bahasa lain, sekali gus mengekalkan pendirian meneruskan rancangan Penggunaan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4.

"Kita tak pernah bantah tulisan lain (termasuk) dalam bahasa Cina kerana ini adalah sesuatu yang istimewa di negara kita ini. Tulisan bahasa Cina tidak dibenarkan di negara lain seperti Indonesia umpamanya, Filipina dan Thailand, mereka guna tulisan mereka," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/08/06/jawi-khat-baik-wan-azizah-bincang-isu-uec-dengan-pm/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget