NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan Perlekeh Peranan Pasukan Keselamatan

oleh:YB Haji Ahmad Amzad Bin Hashim
15 Ogos 2019/ 14 Zulhijjah 1440 H

1. Saya merasa cukup kesal kerana masih ada warganegara Malaysia yang memperkecilkan peranan pasukan keselamatan yang menjadi tonggak kemerdekaan, keselamatan dan kemakmuran negara. Perkataan yang dikeluarkan oleh seorang ahli perniagaan yang menjadi pembiaya kepada Pakatan Harapan kononnya tentera kita hanya “tidur dan makan”, ada yang tak “pernah tembak sebutir peluru pun kecuali di padang sasar” mempunyai nada yang sangat biadab dan memperlekehkan peranan tentera.

2. Pelabur sejati tahu kriteria utama risiko pelaburan berkait rapat dengan soal keselamatan, keamanan dan kestabilan politik sesebuah negara. Anda boleh berniaga dan menjadi kaya-raya kerana keselamatan dan kemakmuran negara. Tanpa negara yang selamat, anda mungkin sedang berlindung di dalam longkang dan sentiasa dalam keadaan khuatirkan keselamatan nyawa dan keluarga, jauh sekali mempunyai ruang untuk mempunyai empayar peniagaan dan menjadi jutawan.

3. Oleh itu, saya menyeru kepada saudara Koon Yew Yin supaya jangan jadi lupa diri seperti kacang lupakan kulit. Keringat pasukan keselamatan yang berkorban sama ada di darat, laut dan udara telah menyumbang kepada keamanan negara. Pada bulan kemerdekaan ini, marilah kita semarakkan patriotisme dan penghargaan kepada mereka yang berkorban. Komunis mungkin berdendam dengan pasukan keselamatan, tetapi warganegara sejati tidak akan sesekali hilang pedoman.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB Haji Ahmad Amzad Bin Hashim ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo