Isu Zakir Naik: Kenapa perlu berjiwa kerdil?


KUALA TERENGGANU - Sesetengah umat Islam yang bersikap apologetik dengan memberikan laluan kepada golongan yang menolak pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dilihat berjiwa kerdil yang bergantung hayat kepada sokongan pihak tertentu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, apa yang mendukacitakan, golongan tertentu yang berterusan memberi tekanan hanyalah segelintir sedangkan tokoh itu diterima baik oleh umat Islam di negara ini.

Menurutnya, beliau memandang serius perkembangan akhir-akhir ini dalam isu melibatkan Dr Zakir yang sedang diberi tekanan oleh pemimpin DAP agar diusir keluar dari Malaysia.

“Sedangkan kita tahu beliau terkenal dengan ceramah perbandingan agama yang mendorong ramai masuk Islam secara sukarela. Tetapi tidak pernah ada laporan beliau memaksa orang hadir ke ceramahnya atau memaksa sesiapa untuk masuk Islam.

“Islam melarang sebarang paksaan dalam soal kepercayaan. Perbincangan, perbahasan yang bersifat akademik dengan merujuk sumber-sumber berautoriti adalah sesuatu diterima oleh masyarakat yang bertamadun,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jelas Amzad, beliau melihat ceramah Dr Zakir di mana-mana pun tiada yang berlangsung dalam suasana kebencian, pergaduhan dan permusuhan.

Katanya, ceramah pendakwah itu memang akan mencabar pemikiran orang yang tidak sama kepercayaan tetapi sebagai manusia yang bertamadun, masyarakat boleh menerima atau menolak hujah beliau.

“Di Malaysia yang menjunjung demokrasi berparlimen, kebebasan bersuara adalah satu prinsip asas dengan syarat-syarat tertentu yang menjaga kepentingan kerukunan masyarakat.

“Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, kerana itu adalah munasabah Islam dikembangkan melalui pelbagai pendekatan dakwah yang dibenarkan oleh Islam,” katanya.

Katanya, apa yang tidak boleh diterima adalah ucapan berapi-api yang bersifat menghasut kebencian, permusuhan dan pergaduhan yang membawa kepada kecederaan fizikal dan harta benda.


Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/43767/EDISI/Terengganu/Isu-Zakir-Naik-Kenapa-perlu-berjiwa-kerdil

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget