NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel guna kanister gas bunuh rakyat Palestin


TEL AVIV, 6 Zulhijjah 1440H, Rabu – Kumpulan hak asasi manusia Israel memberitahu, rejimnya menggunakan kanister gas sebagai senjata untuk membunuh penunjuk perasaan Palestin ketika protes mingguan di Semenanjung Gaza.

"Sekurang-kurangnya tujuh daripada 200 orang maut dalam demonstrasi akibat kanister gas terkena badan mereka," kata B'Tselem dalam satu kenyataan.

Menurut kumpulan itu, data OCHA (Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) menunjukkan bahawa lebih daripada 1600 cedera akibat serangan berkenaan.

B'Tselem berkata, sejak demonstrasi bermula pada 30 Mac tahun lalu sehingga akhir bulan Jun, tentera Israel telah membunuh 216 rakyat Palestin, termasuk 43 yang cedera ringan.

"Walaupun cara untuk menyuraikan demonstrasi itu beralih ke pasukan keselamatan Israel dengan menggunakan senjata maut termasuk gas pemedih mata, ia tidak bersedia menyakiti badan manusia," katanya.

Protes mingguan – 'The Great March of Return' – adalah protes yang dilancarkan pada 30 Mac tahun lalu oleh ribuan rakyat Palestin di Gaza – kerana menderita akibat pengepungan Israel selama sedekad.

Langkah itu terpaksa diambil berikutan kesulitan hidup di Gaza serta ancaman yang sengaja dicetuskan pihak berkuasa Israel terhadap Baitulmaqdis. – Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/08/07/israel-guna-kanister-gas-bunuh-rakyat-palestin/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo