Guan Eng ‘pembulak’ - Abang Johari

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kerajaan Sarawak mendakwa kerajaan Persekutuan masih belum melaksanakan projek baik pulih sekolah usang di negeri itu seperti yang dijanjikan.

Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri telah melunaskan syarat bayaran RM350 juta kepada kerajaan Persekutuan, namun projek itu masih tergendala.

“Saya sudah bayar RM350 juta seperti yang dikehendaki tetapi sampai sekarang (projek baik pulih) sekolah daif di Sarawak belum dilaksanakan.

“Bila ditanya kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, jawapannya perlu tubuh jawatankuasa dulu. Pembulak (penipu),” katanya seperti dipetik portal Utusan Borneo hari ini.

Abang Johari berkata demikian dalam sesi Dialog Awam Berambeh Ngan Abang Johari di Lundu, Sarawak hari ini.

Julai lalu, Guan Eng memberi syarat supaya kerajaan Sarawak melunaskan sebahagian daripada hutang kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion sebelum projek baik pulih itu dilaksanakan.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan menyalurkan jumlah sama seperti yang dibayar oleh kerajaan negeri sebagai peruntukan bagi digunakan untuk projek tersebut.

Namun, jelas Guan Eng, beberapa perkara harus dimuktamadkan selepas itu seperti jadual pelaksanaan, senarai sekolah dan proses tender yang mesti ditawarkan secara tender terbuka.

Utusan Online sedang cuba mendapatkan Guan Eng bagi menjawab dakwaan tersebut. - UTUSAN ONLINE
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget