Forum Harmoni Rai Kepelbagaian Penganut Agama Terengganu


Forum harmoni bagi mencari punca dan solusi dalam isu perpaduan.

KUALA NERUS, 24 Ogos – Kerajaan negeri menerusi Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) menganjurkan forum harmoni bertajuk 'Keharmonian Ejen Perpaduan Dalam Masyarakat Malaysia' hari ini.

Pengarah Akademi DUAT, Muhammad Ramlan Mahmood berkata, pihaknya mengorak langkah menganjurkan program tersebut setelah menyedari masalah perpaduan kian meruncing dalam masyarakat pada masa kini.

Jelasnya, forum yang menampilkan beberapa ahli panel berkaliber itu berfungsi untuk merungkai segala persoalan dan perselisihan faham dalam isu agama dan kaum.

"Kita nak bagi pendedahan kepada masyarakat khususnya rakyat Terengganu melalui DUAT yang kita rasa kali pertama dianjurkan oleh badan dakwah dalam negeri ini.


"Program seumpama ini mampu memberi kefahaman kepada semua rakyat terutamanya berkait dengan isu perbandingan agama seterusnya menjadi solusi agar rakyat terus berpadu tanpa mengira latar agama," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan forum tersebut di Dewan Auditorium, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong badak, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramlan menegaskan, diskusi atau dialog antara agama adalah jalan terbaik untuk memulihkan kembali perpaduan yang dirobek oleh pihak berkepentingan.

Katanya, hasrat mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam kepelbagaian agama dan kaum sememangnya menjadi keutamaan kerajaan negeri.

"Berikutan keresahan-keresahan yang berlaku pada hari ini, kita (DUAT) mengambil satu pendekatan terbaik untuk mengharmonikan masyarakat dengan kita mengadakan perbincangan secara ilmu dan hujah.


"Ia bukan bertujuan untuk mencari siapa betul dan siapa salah, tetapi kita mahu setiap orang walaupun berbeza agama membantu kita untuk memperkasakan masyarakat dan negeri," tambah beliau.

Kata Ramlan lagi, program mencari titik kesatuan antara setiap agama dan kaum tidak akan terhenti setakat itu, selepas ini pihaknya akan turun ke setiap persatuan agama bagi melakukan perbincangan.

Forum yang dihadiri kira-kira 200 peserta itu menampilkan Presiden Persatuan Buddha Terengganu, Wong Choon Kheng, Pensyarah Pusat Pengajian Islam Kontemporari UNISZA, Prof. Dr. Engku Zaki Engku Alwi, Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin UNISZA, Dr. Aman Daima Md Zain dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Pejabat Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget