NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fathul Bari cadang pasarkan produk guna tulisan masing-masing


DATUK Dr. Fathul Bari Mat Jahya dengan sinis mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) agar orang India dan Cina menggunakan bahasa masing-masing pada produk yang dipasarkan kelak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menyindir Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves yang menunjukkan kesungguhan membantah tulisan Jawi dan Khat di sekolah tersebut.

Jelasnya, ia berikutan langkah PIBG sekolah itu yang dilihat mula memasang gegantung bantahan pelaksanaan tulisan jawi itu di pintu masuk sekolah berkenaan.

“PIBG SJKT Batu Caves tidak menyokong tulisan Jawi.

“Oleh itu, mohon mereka (JAKIM) juga minta produk-produk makanan syarikat India dan Cina di Malaysia, tukarkan tulisan Jawi dan logo ‘Halal’ ke tulisan Tamil dan Mandarin.

“Kita tidak berhak paksa mereka guna Jawi jad mohon mencadang kepada bahagian Halal Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), tak payahlah pakai Jawi terus.

“Mereka kena menggalakkan warga India dan Cina menggunakan bahasa masing-masing pada produk makanan.

“Apabila nak ‘jual’ pada Melayu, songkok dan baju kurung pun sanggup pakai. Jawi, ayat Quran semua pakai,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter rasminya. – 19 Ogos 2019

Sumber: https://nthqibord.com/2019/08/19/fathul-bari-cadang-pasarkan-produk-guna-tulisan-masing-masing/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo