NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dong Zong memecah belah perpaduan kaum

oleh: YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH 
14 Ogos 2019 | 13 Zulhijjah 1440

DEWAN Muslimat PAS Malaysia bersetuju dengan kenyataan YAB Perdana Menteri (PM) Malaysia yang mengatakan Dong Zong bersifat rasis dan bencikan Melayu. Hal ini berikutan sentimen negatif yang sengaja diwujudkan oleh pemimpin DAP berkaitan tulisan jawi dan khat yang dijadikan silibus Bahasa Melayu tahun 4.

Saban hari, beberapa pimpinan DAP telah menunjukkan api kebencian dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengundang kemarahan dan kebencian antara sesame kaum. Hakikatnya, perkara ini seharusnya ditangani dengan sikap toleransi dan saling menghormati kerana kita hidup dalam sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, budaya dan cara hidup.

Mengambil kira kanvas sosial serta sejarah Malaysia, isu kenyataan-kenyataan berbaur hasutan sebegini wajib ditangani secara serius. Bahkan bukan sedikit undang-undang negara yang memperuntukkan kesalahan serta hukuman bagi perbuatan menghasut dan mengancam ketenteraman.

DMPM juga menyokong penuh gesaan Timbalan Presiden PAS agar YAB PM mengambil keputusan drastik merombak Kabinet dan menggugurkan mana-mana menteri yang tidak mahu mempertahan keputusan rasmi kerajaan dan mementingkan kepentingan rakyat Malaysia. Kerajaan juga mesti mengambil tindakan tegas terhadap Dong Zong yang sengaja bermain sentimen perkauman untuk menjejaskan keharmonian kaum.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo