NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bantahan Terhadap Seni Kaligrafi Dan Tulisan Jawi: DAP Jangan Biadap.



Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) menzahirkan rasa kesal dan dukacita atas bantahan dan tindakan 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 orang ADUN PH yang membantah langkah KPM untuk memperkenalkan matapelajaran Tulisan Khat dan Seni Kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia"kata Presidennya,Normala Sudirman.

Tindakan beberapa buah NGO Cina termasuk Dong Zhong yang bertindak menentang perkara yang sama , secara jelas seolah-olah cuba menghina dan tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan"katanya lagi.

" Kita jangan lupa bahawa suatu ketika dahulu matapelajaran atau Tulisan Jawi pernah dimansuhkan ketika zaman Tan Seri Khir Johari menjadi Menteri Pendidikan yang akhirnya menimbulkan implikasi sehingga hari ini , menyebabkan ramai generasi muda dan anak -anak Melayu Islam tidak mahir menulis dan membaca dalam Tulisan Jawi serta akhirnya agak lemah membaca Al-Quran"
Walaupun antara Tulisan Jawi ada sedikit perbezaan tetapi mempunyai kaitan dengan huruf yang terdapat di dalam Al-Quran ".

"Dahulu,kita juga mempunyai Akhbar Tulisan Jawi tetapi oleh kerana ramai yang tidak mahir membaca terutama generasi muda hari ini yang kurang berminat membeli akhbar ini ,maka penerbitan akhbar ini terpaksa ditutup"katanya lagi dengan nada penuh kesal.

Justeru sepatutnya Tulisan Khat yang memiliki nilai estetika yang tersendiri serta menjadi sebahagian dari seni keindahan tulisan Arab dan Jawi wajar dipelihara,dibugarkan dan dilaksanakan kembali sebagai membayar harga sebuah kesilapan dan menebus kembali apa yang pernah dilakukan oleh pemimpin terdahulu dalam persada pendidikan negara .

DAP seolah -olah parti rasis yang menentang segala usaha memartabatkan Tulisan Jawi dan membantah sebarang usaha ke arah membugarkan semula seni kaligrafi ini.Tindakan 138 pimpinan DAP ,ADUN PH dan beberapa NGO Cina adalah amat dikesali dan biadap kerana usaha dan langkah yang ingin diperkenalkan oleh KPM ini telah ditentang secara terbuka oleh pimpinan DAP .

Tulisan Jawi yang ingin dimulakan semula dalam silibus pendidikan oleh KPM secara sistematik perlu dipertahankan dan disokong oleh rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam .

Tindakan pimpinan DAP amat tidak bertamadun seolah -olah buta sejarah sedangkan apa yang ingin dilakukan oleh KPM adalah seni warisan ini perlu dipelihara supaya generasi pelapis pada masa akan datang tidak buta tulisan Jawi dah tidak buta Al-Quran ",tegasnya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo