NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bagaimana anda tertipu dengan Malaysiakini


oleh: Yusri Jamal

HARI ini ramai melompat berkongsi artikel yang sama daripada Mkini mengenai kenyataan Zakir Naik mahu menghalau orang Cina.

Dr Zakir Naik bukan maksum daripada kesilapan, tapi saya rasa ramai orang tak menilai dengan adil. Biar saya jelaskan.

1) Kalau hanya ambil quote

before me, the Chinese were the guests. If you want the new guest to go first, ask the old guest to go back.

Sudah tentu kenyataan ini berbaur hasutan dan rasis. Tapi manalah adil untuk menilai ucapan hanya dengan satu ayat yang tiada konteks?

Sebab itu kita dapat faham konteks, sebelum beliau sebut mengenai itu, pada awal ucapan sebenarnya beliau sedang menerangkan sejarah Malaysia.

(historically,) the majority (of Malaysians) almost all were non-Muslims and almost all became Muslims MashaAllah.

Masih lagi bercakap mengenai sejarah, beliau menyambung:
Later on, there are people coming afterwards.
Malaysia, (which) became fully muslim, then you have the Chinese come in, the Indians come in… They are our new guests.
Saya nak highlight macam mana beliau gunakan terma "tetamu". Bagi saya itu pun dah tunjukkan niat beliau baik. Ada banyak sahaja cara untuk menggambarkan imigran, tapi beliau sebut "tetamu"; orang yang dialu-alukan.

2) Kemudian dia selit pasal kes dia. Bagaimana orang pun panggil dia tetamu;
Somebody called me a guest (like the Chinese). Before me, the Chinese were the guest. 
They (the Chinese) aren't born here (seperti beliau). Most of them. Maybe the new generation, yes.
Jelas dia bukan mudah-mudah nak halau semua Cina. Kalau tak, dia takkan mengaku ada generasi baru yang memang warganegara.
So if you want the new guest (merujuk pada beliau, yang dah ada taraf penduduk tetap) to go first, ask the old guest to go back.
Statement ni dia nak buat analogi, kenapa orang Hindu ekstremis nak halau dia sedangkan dia pun tetamu seperti Cina?

Ya, kita boleh baca statement tu dengan nada menghalau, atau nada nak buat perumpamaan, your choice.

3) Ramai orang kata Zakir Naik melampau, orang Cina juga adalah keluarga kita juga!

Jelas anda tak dengar sampai habis,
If you want the guest to go back, and those guests (Chinese, or himself) are bringing peace in the community, they are benefit for the family (Malaysia).
Bagi saya, jelaslah beliau bukannya suruh kita halau Cina pun. Tak nampak apa motif beliau nak halau, tapi masih gelar mereka tetamu, dan bawa manfaat bagi "keluarga".

Permainan Malaysiakini jelas hanya nak petik ayat kontroversi untuk timbulkan perpecahan.

Malaysiakini ada pilihan untuk petik macam-macam kenyataan Dr Zakir Naik, tetapi mereka faham orang tak akan melompat kalau ianya bukan satu statement yang menyentuh perkauman. Dan mereka faham rakyat Malaysia ni mudah tertipu.

Hatta pak menteri pun boleh terpedaya sampai cepat mengkritik. Begitu licik hasutan MKini.

Berhati-hati dengan fitnah akhir zaman. Bila MKini buat artikel, double and triple check sebelum percaya.

Kita semua dah lali dah dengan berapa kali MKini putar belit kenyataan demi nak timbulkan kontroversi, meramaikan pembacanya. Tak payahlah percaya lagi media kaki putar.

Nabi ļ·ŗ dah beri amaran pada kita:
Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta… HR Ibnu Majah

Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah.

Sumber:https://www.ismaweb.net/2019/08/15/bagaimana-anda-tertipu-dengan-malaysiakini/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo