Agenda Kemakmuran Bersama Akan Disabotaj Oleh Ph Sendiri?



oleh: TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
29 Zulkaedah 1440 | 1 Ogos 2019

Sekiranya isu pertarungan kedudukan kuasa dalam kalangan PH masih berterusan, maka ia akan mensabotaj agenda Kemakmuran Bersama yang diinisiatif oleh YAB Perdana Menteri. Mutakhir ini negara tidak stabil apabila masalah dalaman parti terbesar komponen PH menjadi subjek dominan politik Malaysia. Tambahan pula, terdapat desas desus pertukaran Menteri Besar Selangor yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Bagaimana negara akan terus maju dan membangun sekiranya parti pemerintah sendiri berkecamuk untuk menguruskan masalah dalamannya? Saya beranggapan agenda Kemakmuran Bersama adalah penting dan mesti didokong dengan bersungguh-sungguh. Setelah setahun PH gagal memerintah negara, ini adalah peluang yang terbaik untuk membuktikan mereka mampu menggalas amanah yang diberikan rakyat.

Oleh itu, saya meminta semua parti politik meletakkan prioriti yang betul dan utama untuk membantu YAB Perdana Menteri mentadbir negara hingga pembubaran Parlimen atau akhir penggal tanpa disibukkan dengan isu lain. Perkara ini lebih penting supaya semua pihak terutama sektor swasta kembali yakin dengan kestabilan politik negara. PAS dan UMNO terutamanya bersedia menjadi pembangkang yang konstruktif untuk bersama-sama membangunkan negara.

Hal ini selaras dengan titah Yang Di-Pertuan Agong semalam yang mahu kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan usaha menyusun semula rancangan pembangunan negara, meningkatkan prestasi urus tadbir, memerangi rasuah dan mempertahankan keluhuran undang-undang. Jika PH masih terus bercakaran dan bertarung untuk kedudukan kuasa, sudah pasti ia akan merencatkan agenda ke arah negara maju 2030.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN ialah Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget