NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

7 maut, lebih 10 rumah runtuh akibat hujan lebat di Sudan

Hujan lebat menjejaskan lebih 10 buah kampung di negeri Gezira dan menyebabkan banyak rumah runtuh. (Gambar Reuters)

KHARTOUM: Seramai 7 orang maut manakala 2 lagi cedera pada Selasa susulan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di negeri Gezira di Sudan tengah, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita rasmi Suna.

"Enam orang maut di pekan Rufa dan seorang lagi di Kampung Zurga um Saeed," menurut laporan itu.

Ia berkata hujan lebat menjejaskan lebih 10 buah kampung di Negeri Gezira dan menyebabkan banyak rumah runtuh.

Kebanyakan negeri di Sudan mengalami hujan lebat yang menyebabkan banyak rumah runtuh dan jalan raya utama terputus, termasuk jalan yang menghubungkan pekan El Obeid dengan ibu kota Khartoum. - FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo