NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Pengkalan Maras: Kerajaan Pusat Digesa Luluskan Projek Darurat


oleh: YB SHAHARIZUKIRNAIN 

1. Dalam Sidang Bajet Parlimen November lalu ketika mencelah ucapan pengulungan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), saya telah menyuarakan isu hakisan pantai Pengkalan Maras dan telah pun mendapat jawapan daripada Menteri untuk meneruskan projek pembinaan ‘nearshore breakwater’ yang menelan belanja RM90 juta sebagai langkah menangani masalah hakisan di kawasan tersebut.

2. Namun begitu, projek pembinaan ‘breakwater’ ini masih dalam proses reka bentuk dan dijangkakan bermula pada awal tahun 2021 dan akan mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.

3. Oleh itu, Kementerian digesa agar segera meluluskan projek darurat secepat mungkin sebagai persediaan awal untuk berhadapan dengan peralihan monsun yang dijangka pada akhir bulan September.

4. Walaupun pihak Kementerian telah meluluskan projek tambakan pasir yang bernilai hampir RM10 juta, tetapi kawasan tersebut tidak melibatkan kawasan yang terhakis teruk sebagaimana yang disiarkan dalam buletin TV3 baru-baru ini.

5. Mengikut Laporan daripada JPS, kerugian yang telah dialami sehingga Januari lalu adalah dianggarkan sebanyak RM3.75 juta dan telah meningkat kepada RM7.51 juta pada bulan Ogos. Apa yang lebih membimbangkan, kerugian ini dijangka akan terus meningkat kepada RM23.75 juta sekiranya masalah ini tidak diatasi segera kerana dijangkakan sepanjang Ogos hingga Disember ini hakisan ini akan merosakkan tanah perkuburan Islam, chalet, premis-premis perniagaan, jalan berturap dan kawasan pendaratan ikan.

6. Oleh itu, rakyat setempat amat memerlukan projek darurat yang memerlukan tambakan pasir sekurangnya sepanjang 500m dengan 40m lebar. Ia bermula dari hujung lapis lindung batu (rock revetment) sedia ada sehingga sekurangnya 500m ke utara iaitu meliputi kawasan hakisan kritikal bagi mengelak hakisan semakin teruk. Selain itu, langkah ini juga bagi menyelesaikan masalah perebakan hakisan terus berlaku ke bahagian lain.

7. Justeru, selepas beberapa kali lawatan saya ke kawasan kejadian, dikenal pasti kawasan tersebut amat memerlukan peruntukan dan pembinaan tambakan jangka pendek sementara menunggu projek untuk penyelesaian menyeluruh jangka panjang yang dianggarkan bernilai RM90 juta dilaksanakan. Oleh itu, cadangan saya bagi meluluskan projek darurat adalah salah satu langkah jangka pendek bagi mendepani masalah ini.

8. Saya berharap agar KATS dapat meluluskan projek darurat secepat mungkin agar nyawa rakyat tidak dipertaruhkan serta kemusnahan akibat bencana mampu dielakkan. Saya juga menyokong permohonan Kerajaan Negeri Terengganu supaya Kerajaan segera meluluskan peruntukan darurat sebanyak RM5 juta serta menyeru agar semua pihak bekerjasama menjaga ekosistem alam yang diberikan oleh Allah dalam apa jua projek pembangunan yang ingin dibina sepertimana firman Allah di dalam surah ar-Rum ayat 41 :

ŲøَŁ‡َŲ±َ Ų§Ł„ْŁَŲ³َŲ§ŲÆُ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲØَŲ±ِّ ŁˆَŲ§Ł„ْŲØَŲ­ْŲ±ِ ŲØِŁ…َŲ§ ŁƒَŲ³َŲØَŲŖْ Ų£َŁŠْŲÆِŁŠ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ł„ِŁŠُŲ°ِŁŠŁ‚َŁ‡ُŁ… ŲØَŲ¹ْŲ¶َ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų¹َŁ…ِŁ„ُŁˆŲ§ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁ‡ُŁ…ْ ŁŠَŲ±ْŲ¬ِŲ¹ُŁˆŁ†َ{41}

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.



“Islam Memimpin Perpaduan"

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR ialah Ahli Parlimen Setiu

https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12757-pgkln-maras-k-jaan-digesa-luluskan-projek

Pemilikan Rumah: Jangan Abaikan Mereka Berpendapatan Rendah Dan Sederhana Rendah, Bantu Rakyat Membayar Deposit Pinjaman


PEMILIKAN RUMAH : JANGAN ABAIKAN MEREKA BERPENDAPATAN RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH, BANTU RAKYAT MEMBAYAR DEPOSIT PINJAMAN.

REACH mengalu-alukan keputusan Kerajaan Pusat untuk melonggarkan syarat pembelian rumah mampu milik dengan membenarkan mereka berpendapatan kurang dari RM4,360 sebulan membeli rumah yang tidak melebihi RM300,000 di bawah skim Dana Rumah Mampu Milik. Sebelum ini hanya mereka dengan gaji di bawah RM2,300 dapat membeli rumah tidak melebihi RM150,000.

REACH juga bersetuju dengan kerajaan bahawa pelonggaran ini akan dapat melonjakkan pemilikan rumah oleh rakyat di negara ini. Walau bagaimanapun kami berharap golongan yang berpendapatan kurang dari RM2,300 sebulan tidak akan diabaikan. Sehubungan itu kerajaan mesti memastikan rumah kurang dari RM150,000 sebuah terus dibina oleh pemaju.

Masalah hari ini adalah bukan rumah yang tidak mencukupi tetapi rumah yang dibina tidak mencukupi untuk golongan tertentu iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Polisi baru ini memang berupaya meningkatkan pemilikan kediaman kerana ia melibatkan kelompok yang baru. Tetapi usaha juga mesti dilakukan untuk memastikan pemilikan rumah di kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah dapat ditingkatkan.

Selain dari itu, kami menggesa kerajaam agar membantu pembeli rumah untuk mendapatkan deposit 10 peratus bagi pinjaman perumahan mereka. Ramai yang tidak dapat membayar deposit ini maka terpaksa melupakan hasrat untuk membeli rumah idaman mereka.

Jika rumah mereka berharga RM150,000 sebuah, ini bermakna mereka perlu menyediakan RM15,000 untuk deposit bagi pinjaman mereka. Untuk mereka yang berpendapatan RM2,000 sebulan dan menabung RM200 sebulan maka mereka memerlukan 75 bulan atau lebih 6 tahun untuk mengumpul jumlah tersebut. Tetapi lebih baik jika kerajaan boleh mendahulukan deposit ini dan pembeli membayar secara berperingkat-peringkat selepas membeli rumah.

Kerajaan Pusat memang memiliki skim seperti ini. Pada zaman kerajaan sebelum ini, terdapat Skim Rumah Pertamaku yang menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus dan juga skim pembiayaan deposit 10 peratus, MyDeposit yang telah ditutup. Kerajaan Persekutuan hari ini juga menyediakan skim pinjaman untuk membayar deposit iaitu skim DepositKu. Tetapi skim ini adalah untuk skim FundMyHome sahaja di mana pembeli perlu membayar deposit 20 peratus dari harga rumah dan pinjaman maksima adalah RM30,000. Oleh itu, pembeli yang membeli rumah RM300,000 perlu membayar RM60,000 dan mereka masih perlu mencari RM30,000 lagi dari sumber-sumber yang lain.

Kami berpandangan halatuju Kementerian Perumahan untuk memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri adalah tepat tetapi perlu ditambahbaik. Kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan deposit ini perlu diperluaskan dan dipermudahkan. Skim DepositKu perlu diperluaskan dan bukan untuk skim FundMyHome sahaja tetapi untuk semua pembelian sepertimana skim MyDeposit sebelum ini.

Semasa saya adalah Exco Perumahan Selangor, Kerajaan Negeri telah melancarkan skim pembiayaan deposit yang dinamakan Selangor Smarthome Buyer untuk pembeli-pembeli rumah mampu milik, Rumah Selangorku, yang dibina oleh PKNS.

Dato' Iskandar Abdul Samad

Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)

29 Zulhijjah 1440 / 29 Ogos 2019

Wakil rakyat beri tempoh sebulan selesai bayaran bas Orang Asli


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Cameron Highlands beri tempoh sebulan untuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) selesaikan bayaran kepada pengusaha bas sekolah Orang Asli, yang dikatakan hendak memberhentikan perkhidmatan kerana tidak menerima bayaran sehingga 5 bulan.

Ramli Mohd Nor berkata perkara itu akan dibawa ke Dewan Rakyat pada sesi akan datang sekiranya ia tidak diselesaikan dalam tempoh itu.

"Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku kerana Orang Asli antara masyarakat yang susah. Saya akan pantau dan periksa dengan operator bas sama ada Jakoa sudah membuat pembayaran atau belum," katanya kepada FMT.

Kelmarin, Ramli menerima aduan kelewatan bayaran menyebabkan pengusaha bas sekolah sukar menjalankan perkhidmatan kerana kekurangan modal untuk menampung kos kenderaan yang digunakan bagi menghantar anak-anak Orang Asli ke sekolah.

Beliau bimbang anak-anak Orang Asli di Cameron Highlands dan seluruh negara tidak ke sekolah sekiranya perkhidmatan bas sekolah dihentikan kerana Jakoa dan Jabatan Perdana Menteri gagal membuat bayaran upah mengangkut.

Semalam, Ketua Pengarah Juli Edo berkata Jakoa sedang menunggu kelulusan Kementerian Kewangan untuk membuat bayaran kepada pengusaha bas sekolah.

Ramli berkata sekiranya perkara ini berulang, rakyat boleh menilai sendiri sama ada kerajaan sekarang membela nasib Orang Asli.

"Janji nak bantu Orang Asli, jadi siapa yang mungkir janji?" katanya.

Penumpang KLIA, KLIA2 diminta berada di lapangan terbang empat jam sebelum berlepas


SEPANG: Malaysia Airports hari ini menasihatkan orang ramai untuk sampai empat jam lebih awal daripada masa pelepasan dan mendaftar masuk secara dalam talian, kerana pengguna Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dijangka lebih ramai dari biasa dari Jumaat-Isnin (30 Ogos-2 Sept) kerana musim cuti yang panjang.

"Kami menjangkakan secara purata pergerakan 160,000 penumpang sehari di KLIA, di sepanjang tempoh ini," kata Malaysia Airports dalam satu kenyataan sebagai persediaan operator lapangan terbang itu menghadapi tempoh puncak tersebut.

Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Awal Muharam pada 1 Sept.

Malaysia Airports berkata, 1,000 kakitangan sukarelawan yang telah digerakkan ketika berlaku gangguan sistem rangkaian di lapangan terbang itu sejak 21 Ogos, akan terus dikekalkan di sepanjang tempoh waktu perjalanan puncak tersebut.

"Kami kekal komited dalam memastikan perjalanan penumpang yang selesa," katanya.

BACA: Malaysia Airports gears up for the super peak travel period encompassing two continuous public holidays

Malaysia Airports juga menasihatkan penumpang untuk mengambil maklum mengenai penutupan ruang udara harian di KLIA antara jam 9 padi hingga ke 10.30 pagi dari 27 hingga 31 Ogos, bagi memberikan laluan kepada latihan dan sambutan Hari Kebangsaan.

"Penumpang perlu memeriksa jadual penerbangan terkini daripada pengendali penerbangan masing-masing," dan menambah kira-kira 85 penerbangan dijangkakan akan terganggu akibat daripada penutupan ruang udara tersebut.

Malaysia Airports berkata pasukan yang bertanggungjawab menjaga faksiliti terminal KLIA dan klia2 telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan antara lain pengurusan trafik, tempat letak kereta, kebersihan bilik air dan operasi Aerotrain berfungsi dengan baik di sepanjang waktu tersebut.

"Pemandu menghala ke KLIA diingatkan untuk mengikut peraturan berhenti 2 minit bagi mengambil dan menurunkan penumpang di tepi jalan, bagi mengelakkan kesesakan trafik," katanya.

-- BERNAMA

Selangor Hilang RM1 Bilion Selepas Tan Sri Khalid Dikhianati


oleh: Oleh: Abdul Muein Abadi

Saya sebak. Tiga hari lepas, genap lima tahun Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dari jawatan Menteri Besar Selangor pada 2014: Takdir Allah, jatuhnya Tan Sri Khalid Ibrahim akibat fitnah dan pengkhianatan politik PKR, rizab Selangor hari ini juga jatuh merudum dari sekitar RM3.3 bilion ketika era Tan Sri Khalid kepada hanya RM2.3 bilion.

2. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Menyaksikan. Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjadi Menteri Besar Selangor dahulu telah menaikkan rizab Selangor dari hanya RM400 juta pada 2008 melonjak menjadi RM3.3 bilion pada 2014. (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/terima-kasih-rakyat-selangor-tan-sri-khalid-ibrahim-44513).

3. Malangnya, selepas Tan Sri Khalid disingkirkan, fakta membuktikan bahawa hari ini hampir satu bilion ringgit rizab Selangor negeri terkaya di Malaysia telah lesap. (Rujuk: https://selangorkini.my/2019/07/rizab-selangor-catat-rm2-38-bilion-sehingga-30-jun/)

4. Maknanya, Tan Sri Khalid dahulu menambah rizab negeri Selangor sebanyak RM550 juta secara purata setiap tahun bersamaan RM1.5 juta setiap hari dari 2008 ke 2014,. Tetapi, selepas beliau dikhianati dan disingkir, setiap tahun dari 2014 hingga 2019 sebanyak RM200 juta rizab negeri Selangor jatuh secara purata, bersamaan dengan lebih setengah juta lesap setiap hari – lebih tepat lagi, RM547,945.21 sehari.

5. Sejarah tidak dapat didustai betapa ketika Tan Sri Khalid Ibrahim diasak fitnah dahsyat untuk menyingkir beliau, hanya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Presidennya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tampil menyokong Tan Sri Khalid demi kestabilan politik negeri Selangor dan juga kerana tiada sebarang salah laku yang mewajarkan Tan Sri Khalid dijatuhkan daripada posisi sebagai Menteri Besar (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/abdul-hadi-sokong-abdul-khalid-kekal-mb-selangor-40450).

6. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa: “Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal. Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau” (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/abdul-hadi-sokong-abdul-khalid-kekal-mb-selangor-40450).

7. Hari ini ternyata segala amaran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang akibat menjatuhkan Tan Sri Khalid yang bersih dari segala anasir rasuah benar-benar terjadi. Ada yang menuduh kononnya pencapaian Tan Sri Khalid melonjakkan rizab Selangor adalah kerana wang kerajaan tidak dibelanjakan: sebaliknya, perbelanjaan kerajaan ketika itu meningkat dari RM1.1 bilion pada 2008 ke RM1.6 bilion pada tahun 2013 sahaja. Cara Tan Sri Khalid mentadbir bukanlah dengan tidak berbelanja, sebaliknya dengan menghapuskan rasuah, meningkatkan kecekapan, serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan pelaburan. (Rujuk: http://www2.selangor.gov.my/petaling/resources/user_1/Budget%20Negeri/BELANJAWAN_NEGERI_SELANGOR_2014_19-11-2013.pdf).

8. Tan Sri Khalid Ibrahim bukan calang-calang. Anak Kampung Jalan Raja Abdullah, Kuala Selangor ini memiliki reputasi korporat yang cukup disegani; beliau bukan menyertai politik untuk menjadi kaya. Lihat sahaja senarai panjang pengalaman beliau ini: Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (PNB) (1979-1994), Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003), Penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB) Jeddah, Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad, Ahli Lembaga Pengarah Sirim Berhad, Ahli Lembaga Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan, dan juga Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/azmin-gagal-buang-bayang-abdul-khalid-di-selangor-169430).

9. Akibat susulan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim ke atas rakyat Selangor mula tidak dapat dielakkan: kini beberapa program kebajikan di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor yang dimulakan oleh Tan Sri Khalid dahulu seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Kewangan Anak Selangor (Tawas) dan Hadiah Perkahwinan untuk Belia terpaksa ditamatkan oleh kerajaan negeri hari ini. (Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/article/25634/EDISI/Selangor-KL/Abdul-Khalid-kecewa-sumbangan-khairat-kematian-dihentikan & Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim 27 April 2019).

10. Malah bukan sahaja pemberian air percuma 20 meter padu kepada setiap isirumah – yang dimulakan oleh Tan Sri Khalid – dibatalkan, tarif air pula akan dinaikkan (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tarif-air-selangor-dijangka-naik-xavier-181627).

11. Kenapa tragedi sebegini berlaku? Tidak lain tidak bukan kerana sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu dikatakan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara merampas jawatan Menteri Besar Selangor – disokong pula Pengarah Strategi PKR ketika itu Rafizi Ramli yang galak menyusun ‘Langkah Kajang’ kononnya sebagai ‘game-changer’ dan ‘loncatan terbaik melangkah ke Putrajaya’ (launchpad to Putrajaya). (Rujuk: https://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/ ).

12. Dalam keadaan tiada angin, tiada ribut, dan rizab kerajaan negeri Selangor berada di kemuncak di bawah teraju Tan Sri Khalid Ibrahim, tiba-tiba kerusi DUN Kajang dikosongkan PKR untuk diadakan pilihan raya kecil – bagi tujuan membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam DUN Selangor untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Inilah yang dinamakan ‘Langkah Kajang’.

13. Rafizi Ramli mereka cerita kononnya ‘Langkah Kajang’ adalah bagi menghadapi ‘kemungkinan Dato’ Seri Najib dipecat dan kepimpinan Umno jatuh ke tangan puak ultra yang berkiblatkan Tun Mahathir Mohamad’ yang akan melakukan ‘Permainan jahat melalui serangan bertalu-talu yang berkisar kepada isu agama dan perkauman untuk mengambil alih Selangor’ (https://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/). Sebaliknya kemudian Rafizi dan Anwar Ibrahim sendirilah yang bekerjasama dengan Tun Mahathir yang digelar ‘puak ultra’ itu.

14. Lebih dahsyat ialah fitnah setebal 91 muka surat Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution ketika itu kononnya salah laku Tan Sri Khalid Ibrahim seperti isu hutang Bank Islam, penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

15. Allah Maha Adil. Allah Maha Membalas. Selepas disaman dan diheret ke Mahkamah Tinggi oleh Tan Sri Khalid, Datuk Saifuddin selaku Setiausaha agung PKR akhirnya memohon maaf kepada Tan Sri Khalid tanpa syarat terhadap tujuh kenyataan fitnah yang menjadi subjek saman termasuklah isu Bank Islam, isu Eco-World, Kidex dan isu penstrukturan semula air Selangor itu pada Ogos 2015. (Rujuk: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/08/14/saman-fitnah-saifudin-khalid).

16. Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim enggan memberi laluan kepada objektif utama Langkah Kajang – untuk mengangkat Anwar Ibrahim (dan seterusnya isteri beliau Dr. Wan Azizah) menjadi Menteri Besar Selangor – dan seterusnya telah dipecat daripada PKR.

17. Akhirnya pada 2018 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sebab beliau dipecat daripada jawatan Menteri Besar Selangor dan PKR pada 2014 kerana keengganannya menggunakan wang kerajaan negeri Selangor untuk kepentingan parti.

18. Tan Sri Khalid memaklumkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu beliau menggunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan program dan kempen PKR:

"Saya dipecat daripada PKR kerana Anwar mahu pakai duit kerajaan negeri untuk menjalankan program parti. Saya tidak benarkannya kerana alasan yang mudah, kerana wang kerajaan negeri adalah duit rakyat. Tetapi mereka marah dan mempersoalkan bagaimana PKR akan menang (dalam Pilihan Raya Kecil Kajang) tanpa menggunakan wang dari rizab kerajaan negeri.

"Apabila saya enggan berbuat demikian, saya dipecat daripada parti. Tetapi saya lega kerana saya tidak lagi perlu memikul kepercayaan rakyat dan juga tidak mengkhianati kepercayaan mereka kepada saya sepanjang menjadi Menteri Besar. Hari ini, saya masih turun padang dan bertemu rakyat Selangor. Saya tidak ambil duit mereka dan mereka tidak ambil duit saya. Jadi kita berhubung baik”. (Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420707/khalid-ibrahim-dedah-mengapa-dipecat-dari-pkr ).

19. Malang bagi Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli ketika itu Langkah Kajang gagal kerana bukan sahaja Anwar didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat, sebaliknya isteri beliau Datin Seri Wan Azizah pula dipintas oleh Datuk Seri Azmin Ali untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim (Rujuk: ‘Anwar bersalah liwat Saiful, mahkamah hukum penjara 5 tahun’ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-bersalah-liwat-saiful-mahkamah-hukum-penjara-5-tahun-31411).

20. Takdir Allah pasti ada hikmahnya. Akibat lobi Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli ke atas ADUN PKR & DAP Selangor, Tan Sri Khalid mengambil keputusan meletak jawatan Menteri Besar pada 26 Ogos 2014. Langkah Kajang bertambah hangat apabila Anwar Ibrahim (bersama-sama DAP dan dua ADUN PAS yang kini menyertai Parti Amanah) enggan untuk menurut perintah Sultan Selangor agar mengemukakan lebih daripada satu nama sebagai calon Menteri Besar. Istana Selangor melalui Setiausaha Sulit kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani menegur Anwar Ibrahim “Dia (Anwar) dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat atau menjejaskan imej Baginda”. (Rujuk: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/09/18/istana-tegur-anwar).

21. Penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim daripada posisi Menteri Besar Selangor telah membawa kepada beberapa perkembangan yang kurang enak; bukan sahaja rizab Selangor telah jatuh, tetapi isu air dan tanah terus membelenggu rakyat.

22. Dalam kes tragedi air Selangor sebagai contoh, ia berlaku tidak lain tidak bukan kerana akibat langsung dari tindakan kerajaan negeri selepas Tan Sri Khalid yang tunduk kepada pemegang konsesi SPLASH dengan membayar RM2.7 billion – SEPULUH kali ganda lebih banyak dari nilai yang sepatutnya (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/08/03/selangor-bought-splash-at-10-times-its-price-claims-khalid-ibrahim/).

23. Sebaliknya, Tan Sri Khalid Ibrahim dahulu hanya menawarkan untuk membeli ekuiti SPLASH dengan harga RM250 juta sahaja.

24. Allah Maha Mengetahui. Di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid, Selangor telah berjaya mengambilalih tiga syarikat konsesi iaitu Syabas, Abbas dan Punchak Niaga. Hanya SPLASH sahaja yang tidak sempat diambialih kerana ia menuntut tawaran pampasan yang lebih tinggi dari tawaran Tan Sri Khalid pada 2014 (Rujuk: https://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-dibidas-beli-splash-rm2-975b-1.403993).

25. Tidak cukup dengan penyelewengan ini, ada pihak cuba memfitnah kononnya Tan Sri Khalid pada tahun 2009 ada membuat tawaran sebanyak RM2.92 billion kepada SPLASH bagi nilai ekuiti syarikat tersebut: hakikatnya, tawaran RM2.92 billion yang Tan Sri Khalid tawarkan kepada SPLASH pada 2009 itu adalah jumlah KESELURUHAN pengambilan syarikat bukan setakat ekuiti sahaja (Rujuk: https://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-dibidas-beli-splash-rm2-975b-1.403993).

26. Begitu juga dengan isu penyerahan semula tanah di Ijok kepada LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd oleh kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali di mana menurut Tan Sri Khalid, tindakan kerajaan negeri menyerahkan kembali tanah di Ijok yang dirampas pada 2009 itu mengundang persepsi mencemarkan reputasi mereka.

27. Tindakan kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali ini mengundang persoalan kerana DUA keputusan mahkamah sebelum itu – iaitu di Mahkamah Tinggi (2013) dan Mahkamah Rayuan (2014) – sebelum itu memihak kepada kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/412393).

28. Persoalan seterusnya timbul apabila syarikat berkenaan menjual tanah-tanah tersebut dengan harga RM1.18 bilion (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/02/khalid-ibrahim-kecewa-dengan-penjelasan-isu-tanah-ijok/).

29. Secara tidak langsung, kesemua peristiwa yang membabitkan Tan Sri Khalid ini juga berkait secara langsung dengan perkembangan hubungan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Anwar Ibrahim.

30. Malangnya, meski pun segala fitnah terhadap beliau telah dibersihkan, namun tragedi fitnah dan tikam belakang politik PKR di Selangor menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi menerajui kerajaan negeri Selangor – malah prestasi Selangor merosot seiring dengan penyingkiran Tan Sri Khalid seperti mana jatuhnya rizab Selangor dari RM3.3 bilion (2014) kepada RM2.3 bilion (2019). Selepas tamatnya riwayat Pakatan Rakyat dan Tahaluf Siyasi PAS-PKR pasca Langkah Kajang, Tuan Guru Presiden PAS berusaha untuk mengetengahkan idea ‘kerajaan teknokrat’ yang secara tidak langsung mengingatkan rakyat kepada model pemerintahan Tan Sri Khalid di Selangor (2008-2014). PAS juga merumuskan ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ sebagai iktibar fitnah politik yang menjatuhkan Tan Sri Khalid.

31. Semoga Allah mengembalikan Tan Sri Khalid Ibrahim ke posisi yang selayaknya demi kemajuan negara.

Semoga Allah panjangkan usia Tuan Guru Abdul Hadi Awang demi kestabilan politik negara dengan panduan Islam.

Abdul Muein Abadi ialah Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

India - Kashmir - Pakistan: Geopolitik, geoeskatologi



oleh: Alang Syukrimun

TERDAPAT permintaan untuk saya tulis khusus mengenai perkembangan di Kashmir dan konflik Geo-politik antara India dan Pakistan. Sebagai mukaddimah, mungkin boleh baca dahulu petikan dari buku saya Huraian Hadis Geoeskatologi dalam bab India. Walaupun huraian petikan ini lebih kepada geoskatologi, namun terdapat beberapa maklumat geopolitik yang mungkin boleh membantu memahami situasi semasa di sana.

Bab 4 (daripada Bahagian 6: Zon Timur)
INDIA

India merujuk sebuah negara yang berada di Asia Selatan (subcontinent). Negara tersebut memiliki kepadatan penduduk kedua tertinggi di dunia, dan keluasan tanah ketujuh terbesar di dunia. Berkongsi sempadan dengan Pakistan di sebelah Barat, China dan Nepal di sebelah Utara serta Bangladesh dan Bhutan di sebelah Timur.

Dari segi sejarah, India ataupun Hind mengikut terma Arab berasal daripada kaum yang mula membangunkan tamadun di lembah Indus, di kawasan antara Afghanistan dan Pakistan. Pada zaman Nabi S.A.W, tamadun yang hebat di kawasan terbabit dikenali sebagai Mohenjadoro dan Harappan di lembah berkenaan. Ia kemudian dibuka oleh umat Islam pada dinasti Umawi, di tangan Panglima Muhammad al-Qasim. Adapun India yang dikenali hari ini berpusat di Delhi dibuka pada Dinasti Ghouri, abad ke-13 Masihi.

Sebagaimana yang dinyatakan, Tamadun Mohenjadoro dan Harappan merupakan tamadun yang tinggi, bahkan antara kaum bertamadun terawal dunia, kira-kira milenia ketiga sebelum Masihi. Orang Arab sangat teruja dengan ketamadunan dan budaya India sehingga menamakan diri dengan Hindi, Hindun dan sebagainya. Antara pengaruh Tamadun India terhadap peradaban manusia adalah sistem penomboran yang ada hari ini.

Bangsa India yang berasal dari Lembah Indus berkembang jauh sehingga ke ufuk Timur. Selain Delhi, mereka membuka banyak lagi penempatan-penempatan baru melewati Delhi, Bengal, Nepal, Sri Lanka, Arakan, malah ke Tanah Melayu. Terdapat teori yang mengatakan bahawa keturunan India merupakan keturunan induk Pentas Sunda, sebelum berasimilasi dengan penduduk sekitar sehingga melahirkan Bani Jawi ataupun Melayu.

Nabi S.A.W menyatakan mengenai India:

Ų¹ِŲµَŲ§ŲØَŲŖَŲ§Ł†ِ Ł…ِŁ†ْ Ų£ُŁ…َّŲŖِŁŠ Ų£َŲ­ْŲ±َŲ²َŁ‡ُŁ…َŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±ِ : Ų¹ِŲµَŲ§ŲØَŲ©ٌ ŲŖَŲŗْŲ²ُŁˆ Ų§Ł„ْŁ‡ِŁ†ْŲÆَ ، ŁˆَŲ¹ِŲµَŲ§ŲØَŲ©ٌ ŲŖَŁƒُŁˆŁ†ُ Ł…َŲ¹َ Ų¹ِŁŠŲ³َŁ‰ ŲØْŁ†ِ Ł…َŲ±ْŁŠَŁ…َ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…َŲ§ Ų§Ł„Ų³َّŁ„َŲ§Ł…
"Dua pasukan daripada umatku yang akan dipelihara daripada api neraka: pasukan yang memerangi India dan pasukan yang bersama Isa bin Maryam A.S."
[HR Nasaie]

Walaupun perang antara Islam dan India telah berlaku di zaman awal Khilafah Umawiyah, namun ramai ulamak berpandangan bahawa peristiwa peperangan Islam terhadap India sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis Nabi S.AW hanya akan berlaku di akhir zaman, di masa dekatnya tempoh Nabi Isa A.S turun ke bumi. Perkara ini dikuatkan oleh pelbagai hadis lain, antaranya sabda Rasulullah S.A.W:

Ł„َŁŠَŲŗْŲ²ُŁˆَŁ†َّ Ų§Ł„ْŁ‡ِŁ†ْŲÆَ Ł„َŁƒُŁ…ْ Ų¬َŁŠْŲ“ٌ ، ŁŠَŁْŲŖَŲ­ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ Ų­َŲŖَّŁ‰ ŁŠَŲ£ْŲŖُŁˆŲ§ ŲØِŁ…ُŁ„ُŁˆŁƒِŁ‡ِŁ…ْ Ł…ُŲŗَŁ„َّŁ„ِŁŠŁ†َ ŲØِŲ§Ł„Ų³َّŁ„Ų§Ų³ِŁ„ِ ، ŁŠَŲŗْŁِŲ±ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų°ُŁ†ُŁˆŲØَŁ‡ُŁ…ْ ، ŁَŁŠَŁ†ْŲµَŲ±ِŁُŁˆŁ†َ Ų­ِŁŠŁ†َ ŁŠَŁ†ْŲµَŲ±ِŁُŁˆŁ†َ ŁَŁŠَŲ¬ِŲÆُŁˆŁ†َ Ų§ŲØْŁ†َ Ł…َŲ±ْŁŠَŁ…َ ŲØِŲ§Ł„Ų“َّŲ§Ł…ِ
"India akan diperangi oleh satu pasukan tentera yang akan dibuka di tangannya negara tersebut. Sehingga mereka berjaya menangkap raja-raja mereka dengan belenggu rantai. Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Selepas itu pasukan ini meninggalkan mereka, ketika meninggalkan itu, pasukan tersebut mendapat Nabi Isa bin Maryam sudah berada di Syam."
[HR Ishak dan Nuaim]

Walaubagaimanapun, ulamak berbeza pandangan dalam menentukan suku manakah India yang dimaksudkan kerana etnik yang berasal daripada Lembah Indus sangat banyak, termasuklah Melayu sendiri. Bahkan mengaitkan India dengan Melayu agak berasas kerana melayu juga datang dari keturunan Qantura`, yang juga disebut di dalam hadis akhir zaman yang lain (rujuk bab Qantura`). Sumber: Devianart.com

Walaubagaimanapun, sekiranya difahami mengikut lokasi waktu hadis dinyatakan (zaman Nabi S.A.W), sudah tentu yang dimaksudkan adalah Afghanistan dan Pakistan sekarang, termasuk Barat India. Kawasan ini memang menjadi medan perang saudara dan perang proksi zaman berzaman.

Sebagai maklumat sampingan, pada era kolonialisasi, India termasuk di antara Wilayah Empayar British dan menjadi pusat kawalan British di Asia. Asalnya Wilayah India hingga ke sempadan Afghanistan dan Myanmar, tetapi perbalahan antara agama dan kaum menyebabkan British menganugerahkan kemerdekaan dengan memisahkan Pakistan daripada India. Pakistan pula asalnya dibahagikan kepada Timur dan Barat, namun berlaku konflik dalaman yang akhirnya membawa pembebasan Pakistan Timur daripada barat lalu membentuk negara Bangladesh tahun 1971.

India hari ini merupakan antara sekutu paling rapat US dan Israel. Menjadi negara dengan pembelian kelengkapan ketenteraan Israel terbesar di dunia. Israel juga merupakan pembekal pertahanan kedua terbesar kepada India. Dari sudut perdagangan, India adalah negara ke-10 terbesar bagi Israel. Yang paling penting, India telah membenarkan negaranya menjadi tempat ujian senjata Israel.

Pakistan pula antara negara umat Islam yang memiliki tenaga nuklear dengan kerjasama China dan Jepun selain US sendiri. Sebelum ini Pakistan menerima banyak bantuan dana daripada Amerika dan hubungan antara kedua negara ini baik sehingga zaman Presiden Barack Obama.

Namun baru-baru ini hubungan antara kedua negara ini mula renggang selepas Donald Trump seolah-olah sengaja mencari salah Pakistan apabila negara tersebut menolak hasrat US melalui undian berkenaan status BaitulMaqdis di PBB. Kenyataan-kenyataan terbaru Presiden US dilihat sengaja menimbulkan ketegangan dalam hubungan antara dua negara ini sehingga ke tahap mempertikaikan kembali status nuklear negara berkenaan.

Perang Dunia Ketiga seringkali dikaitkan dengan perang nuklear. Hadis-hadis Nabi S.A.W turut menunjukkan perkara serupa mengenaiMalhamah Kubra. Antaranya apa yang diriwayatkan oleh Ibn Mas`ud:

Ł„Ł… ŁŠŲ± Ł…Ų«Ł„Ł‡Ų§، Ų­ŲŖŁ‰ Ų„Ł† Ų§Ł„Ų·Ų§Ų¦Ų± Ł„ŁŠŁ…Ų± ŲØŲ¬Ł†ŲØŲ§ŲŖŁ‡Ł… ŁŁ…Ų§ ŁŠŲ®Ł„ŁŁ‡Ł… Ų­ŲŖŁ‰ ŁŠŲ®Ų± Ł…ŁŠŲŖŲ§ً
"Kamu tidak pernah melihat kedahsyatan perang sedemikian. Sehingga burung yang terbang melintasi medan perang tersebut akan jatuh mati."
[HR Muslim]

Gambaran yang dinyatakan mengenai Malhamah sangat dahsyat. Seolah-olah kawasan perang tersebut tercemar sehingga menyebabkan burung yang sedang terbang boleh gugur mati. Pencemaran boleh berlaku akibat radiasi dari senjata nuklear. Akibat dari radiasi nuklear sangat dahsyat kepada organisme di muka bumi tidak kira manusia, binatang hatta tumbuhan sekalipun.

Radiasi nuklear turut dikaitkan oleh sebahagian ulamak sebagai ad-Dukhan (asap) yang disebutkan di dalam al-Quran dan juga hadis Nabi S..AW:

ŲØَŲ§ŲÆِŲ±ُŁˆŲ§ ŲØِŲ§Ł„ْŲ£َŲ¹ْŁ…َŲ§Ł„ِ Ų³ِŲŖًّŲ§: Ų·ُŁ„ُŁˆŲ¹َ Ų§Ł„Ų“َّŁ…ْŲ³ِ Ł…ِŁ†ْ Ł…َŲŗْŲ±ِŲØِŁ‡َŲ§، Ų£َŁˆِ Ų§Ł„ŲÆُّŲ®َŲ§Ł†َ، Ų£َŁˆِ Ų§Ł„ŲÆَّŲ¬َّŲ§Ł„َ، Ų£َŁˆِ Ų§Ł„ŲÆَّŲ§ŲØَّŲ©َ، Ų£َŁˆْ Ų®َŲ§ŲµَّŲ©َ Ų£َŲ­َŲÆِŁƒُŁ…ْ Ų£َŁˆْ Ų£َŁ…ْŲ±َ Ų§Ł„ْŲ¹َŲ§Ł…َّŲ©ِ
"Bersegeralah kamu melakukan amal sebelum tiba enam perkara: Matahari muncul dari arah timur, Dukhan, Dajjal, Dabbah, kematian setiap dari kamu, atau urusan awam yang disia-siakan."
[HR Muslim]

Sebagai negara nuklear dan negara umat Islam, pastinya Pakistan akan turut diheret ke kancah konflik serantau. India dijangka akan memainkan peranan sebagai anjing US bagi mengekang kemaraan Pakistan. Setelah pula perseteruan antara India-Pakistan sehingga kini masih tidak berakhir. Dalam perkembangan lain, US kini sedang mendekati Korea Utara selepas perbincangan damai nuklear bersama Iran menemui jalan buntu.

Sekiranya perang ini benar-benar meletus, maka Nabi S.A.W menggambarkan bahawa tentera Islam bakal memenanginya, dan pemerintah India akan ditangkap sebelum mereka bertaubat. Selepas itu, tentera tersebut akan menyertai pasukan al-Mahdi di Syam, dan mendapati bahawa Nabi Isa telahpun turun bagi menghadapi Dajjal.

ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 29/8/2019

Usaha penyebaran liberal diteruskan


oleh: Dr Ahmad Sanusi

BIARPUN Fatwa Selangor telah memutuskan bahawa pemikiran Liberal adalah sesat dan menyeleweng, namun usaha-usaha untuk membawa suara dan pemikiran mereka tetap diteruskan. Terkini Siti Kasim melancarkan sebuah NGO bagi membawa suara-suara liberal dan golongan terpinggir (seperti LGBT?)

2. Apa yang membimbangkan adalah, pemikiran liberal ini membawa kepada kekeliruan terhadap Islam. Mereka menafikan beberapa perkara yang telah termaktub dalam syariat seperti mempersoalkan hukum menutup aurat, mempertikaikan ibadah korban malah turut meragui sifat Tuhan.

3. Usaha menimbulkan syubhat (keraguan) terhadap Islam ini tidak ubah seperti sifat Dajjal yang pernah disebutkan oleh Rasulullah ļ·ŗ dalam sebuah hadis. Sabda Rasulullah ļ·ŗ:

Ł…Ł† Ų³Ł…Ų¹ ŲØًŲ§Ł„ŲÆŲ¬Ų§Ł„ ŁŁ„ŁŠŁ†Ų£ Ų¹Ł†Ł‡ ، ŁŁˆŲ§Ł„Ł„Ł‡ Ų„Ł† Ų§Ł„Ų±Ų¬Ł„ Ł„ŁŠŲ£ŲŖŁŠŁ‡ ŁˆŁ‡Łˆ ŁŠŲ­Ų³ŲØ Ų£Ł†Ł‡ Ł…Ų¤Ł…Ł† ŁŁŠŲŖŲØŲ¹Ł‡ Ł…Ł…Ų§ ŁŠŲØŲ¹Ų« ŲØŁ‡ Ł…Ł† Ų§Ł„Ų“ŲØŁ‡Ų§ŲŖ ، Ų£Łˆ Ł„Ł…Ų§ ŁŠŲØŲ¹Ų« ŲØŁ‡ Ł…Ł† Ų§Ł„Ų“ŲØŁ‡Ų§ŲŖ

"Sesiapa yang mendengar mengenai Dajjal maka hendaklah dia menjauh darinya, kerana demi Allah, sesungguhnya akan ada seseorang lelaki yang mendatanginya dan menyangka Dajjal itu seorang yang beriman lalu dia mengikutinya kerana hebatnya syubhat yang dia bangkitkan, atau kerana syubhat yang dia tebarkan." (HR Abu Daud)



4. Desakan liberal seperti memperjuangkan tuntutan LGBT, menuntut kebebasan untuk tidak menutup aurat malah menegaskan hak sama rata agama adalah tipu daya atau fitnah yang lahir daripada nafsu diri manusia. Inilah kebimbangan yang pernah disuarakan oleh Baginda Nabi. Sabda Rasulullah ļ·ŗ:


Ų„Ł†َّŁ…Ų§ Ų£َŲ®ْŲ“َŁ‰ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ… Ų“Ł‡ŁˆŲ§ŲŖِ Ų§Ł„ْŲŗَŁŠِّ ŁŁŠ ŲØŲ·ŁˆŁ†ِŁƒŁ… ŁˆŁŲ±ŁˆŲ¬ِŁƒŁ… ŁˆŁ…ُŲ¶ِŁ„َّŲ§ŲŖِ Ų§Ł„ْŁِŲŖَŁ†ِ ŁˆŁŁŠ Ų±ِŁˆَŲ§ŁŠَŲ©ٍ ŁˆَŁ…ُŲ¶ِŁ„َّŲ§ŲŖِ Ų§Ł„Ł‡ŁˆَŁ‰

"Sesungguhnya aku sangat takut kepada nafsu-nafsu kamu yang keji yang lahir dari perut dan kemaluan kamu. Ia adalah fitnah (tipu daya) yang menyesatkan." (Majma' al-Zawaid)

5. Perjuangan berteraskan kehendak nafsu hanya akan membinasakan manusia. Semoga Allah membimbing kita daripada kesesatan liberal.

Ambo Ore Kelate Suko Duduk kelate

Zionis, komunis atau Islamis?

oleh: ABDUL MUEIN ABADI

MENJELANG ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62 penghujung Ogos ini, sebahagian daripada pemimpin kita masih terbelenggu dengan romantisisme ‘Tanah Besar’ masing-masing hingga ke tahap secara halus mencabar kontrak sosial yang dipersetujui bersama dalam menjamin kedaulatan negara kita.

Antara yang mengecewakan ialah kenyataan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming. Beliau secara tidak langsung menyentuh mengenai usaha untuk mengiktiraf para pengikut komunis di Malaysia seperti berikut: “Mendiang datuk saya dan Hannah Yeoh adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa Perang Dunia Kedua bila Jepun menjajah tanah air kita. Mereka yang mempertahankan kedaulatan tanah negara adalah wira dan wirawati, sumbangan mereka wajib diberi penghargaan.”

Dalam versi Bahasa Inggeris pula beliau menyatakan secara spesifik dengan menyifatkan, “2nd World War heroes who fought and defended our country including the 3,200 heroes who made huge sacrifices to fight against Japanese invasion in 1939.”

Soalnya, Jepun hanya mendarat di Tanah Melayu (Kelantan) pada 8 Disember 1941, maka untuk siapa datuk Nga dan datuk Hannah berperang pada tahun 1939? Yang wujud ketika itu ialah Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan pada 1930 dan terlibat secara langsung dengan perjuangan anti-Jepun yang menakluk Manchuria (China) sejak 1937. PKM inilah yang kemudiannya digunakan British sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga. Ini fakta.

Tidak hairanlah apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keras memberi amaran bahawa usaha untuk mengiktiraf ahli MPAJA sebagai pejuang tanah air ini sebagai satu pengkhianatan kepada negara. Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, tindakan mengiktiraf MPAJA adalah sesuatu perkara yang tidak pernah dipersetujui ATM.

Belum reda usaha mengiktiraf ‘perjuangan’ komunis ini, tiba-tiba seorang lagi pemimpin DAP, Dr P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam wawancara eksklusif di stesen televisyen India telah mendabik dada kerana memberi tekanan kepada Perdana Menteri Malaysia dalam isu Dr Zakir Naik.

P Ramasamy mengaku beliau ada menekan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara peribadi supaya Dr Zakir Naik dihantar balik ke negara India. Malah, dengan tegasnya beliau menyatakan bahawa Dr Zakir mesti dihantar pulang ke India kerana India mahu melakukan pendakwaan ke atasnya. Katanya, “I think one thing is clear, my opinion is Zakir Naik should be extradited to India because India wants him to face charges, I am very clear on that.” Kenyataan itu seolah-olah membenarkan dakwaan Dr Zakir bahawa Ramasamy lebih setia kepada India berbanding kepada Malaysia.

Sesungguhnya, para pemimpin kita wajib untuk segera memutuskan ‘kiblat’ kepada ‘Tanah Besar’ masing-masing. Janganlah ada antara kita yang bersikap ibarat zionis Yahudi yang tidak sedar dek untung apabila diterima masuk ke Palestin selepas Deklarasi Balfour 1917.


Hormatilah Dasar Kebudayaan Kebangsaan negara kita ini: “Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan: Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.

Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.”

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan ke-62.

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia."

Apa Perkembangan Lima Kes Pemimpin Dap?

oleh: YB Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Parti Islam Se-Malaysia menuntut pihak kerajaan dan pihak polis memperincikan perkembangan siasatan kes yang melibatkan lima orang pemimpin DAP. Banyak pihak telah membuat laporan polis, namun sehingga ke hari ini, semua kes tersebut masih belum diputuskan. Rakyat berhak untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan kes berkenaan supaya ia dilihat berjalan dengan telus dan adil.

Lima kes tersebut diringkaskan seperti berikut;

Pertama, kes Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, P. Ramasamy (DAP) yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pemimpin pengganas Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) dan gambarnya melakukan aktiviti ritual menyembah senapang Kalashnikov (AK-47).

Kedua, kes Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (DAP) yang menuduh orang Melayu sebagai pendatang dan mahu mengetuk kepala guru-guru sejarah dalam satu program yang dianjurkan di Nilai, Negeri Sembilan.

Ketiga, kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy (DAP) yang telah membuat fitnah dengan mendakwa pihak kerajaan memberi layanan buruk, mendiskriminasi dan menzalimi masyarakat India di Malaysia.

Keempat, kes Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor, V. Ganabatirau (DAP) yang menuduh kumpulan Muslim menyerang Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, Selangor.

Kelima, kes Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto (DAP) yang menghina rakyat Kelantan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai objek hiburan setelah pihak Kerajaan Negeri Kelantan tidak meluluskan lesen hiburan.

Lima kes yang melibatkan pemimpin DAP ini sangat kritikal kerana ia telah menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. Pihak kerajaan dan polis mesti memberi penjelasan tuntas berhubung kes ini.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN ialah Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

Senarai kesesatan Sisters in Islam?



oleh: Dr Ahmad Sanusi 

1. MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters in Islam bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng. Hakim, Datuk Nordin Hassan memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor bahawa SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang.


2. Keputusan ini menunjukkan mereka kekal sebagai pertubuhan yang menyebarkan pemikiran liberal yang sesat dan menyeleweng. Sekiranya Tuan-Puan lupa tentang penyelewengan pemikiran yang dibawa oleh mereka, kami senaraikan beberapa isu yang pernah menjadi persoalan berhubung pendirian mereka. Antaranya:

(a) Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT (14 Mac 2019)

(b) Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019)

(c) Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015)

(d) Sisters menolak hukum Hudud (14 Oct 2015)

Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oct 2011)

(e) Sisters memperlekehkan Fatwa (4 Ogos 2018)

(f) Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013)

3. Ini hanyalah sebahagian contoh kecelaruan pemikiran liberal yang disebarkan oleh Sisters in Islam. Mudah-mudahan mereka ini datang berdialog dan belajar dari para Mufti dan ilmuan Islam yang dapat membimbing mereka dari kesesatan pemikiran liberal yang telah jauh menyeleweng.

Umat Islam wajib waspada, bongkar muslihat ideologi sesat



oleh: Muhammad Luttfi Abdul Khalid

PERTAMA sekali, iPeguam ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan peguam yang telah mempertahankan kewibawaan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan cemerlang sekali.

iPeguam juga ingin menegaskan bahawa usaha untuk mempertahankan Islam, institusi-institusi Islam masih boleh dilakukan di mahkamah sivil di negara ini.

Umum mengetahui bahawa institusi-institusi Islam seperti Mahkamah Syariah, Jawatankuasa Fatwa, Jabatan Mufti, Masjid, Majlis Agama Islam dan seumpamanya adalah institusi-institusi yang dihormati dan dipandang tinggi oleh umat Islam, dan justeru itu adalah munasabah untuk mempertahankannya apabila terdapat mana-mana usaha untuk menjatuhkan atau merosakkan kewibawaan masing-masing.

Bagaimanapun, perlu juga diakui bahawa seperti mana institusi-institusi lain juga, sebarang kelemahan dari segi pentadbiran, pengurusan dan polisi-polisi masih boleh diperbaiki dan diperkemaskan dari semasa ke semasa.

Ini adalah perkara biasa dan tidak boleh menjadi satu alasan bahawa peranan institusi-institusi berkenaan perlu dikaji dan dirombak semula atau dihapuskan.

Sebagai salah satu benteng untuk mempertahankan kedaulatan Islam dan maslahat umat Islam, maka peranan institusi-institusi agama Islam di Malaysia semakin relevan dan mencabar pada hari ini.

Cabaran-cabaran yang lebih bersifat ancaman, seperti bahaya ajaran-ajaran dan ideologi-ideologi sesat seperti Syiah, liberal, sekular, feminisma, Evangelisma, sosialisma dan seumpamanya menuntut kepada peranan yang lebih berkesan dan bersungguh-sungguh daripada semua pihak, dan tidak seharusnya dibebankan ke atas institusi-institusi di atas semata-mata.

Ancaman-ancaman ini akan sentiasa datang silih berganti dalam pelbagai bentuk dan mereka tidak akan berhenti sehinggalah kekuatan umat Islam dapat dilumpuhkan atau jati diri dan pemikiran umat dapat dikuasai.

Malah, mengikut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri, terdapat lebih kurang 5000 aduan tentang kenyataan atau artikel-artikel provokatif terhadap Islam yang telah dicatatkan sejak jabatan tersebut melancarkan Unit Pemantauan dalam bulan Mac 2019.

Berhadapan dengan semua ancaman dan bahaya ini, adalah menjadi satu kewajiban dan keutamaan bagi umat Islam supaya berwaspada dan pada waktu yang sama membongkarkan tipu muslihat yang dirancang terhadap kepentingan umat dan kesejahteraan serta keharmonian masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Bahaya yang dibawa oleh agen-agen perosak ini bukan sahaja merupakan satu ancaman kepada umat Islam, tetapi juga kepada masyarakat bukan-Islam dan kedaulatan negara, watan dan tanahair sendiri.

Muhammad Luttfi Abdul Khalid ialah Pengerusi Ikatan peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)

Hab Petroleum Pulau Kerengga Tarik Minat Pelabur Dubai, China



KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Dua syarikat besar dari Dubai dan negara China berminat untuk melabur dalam rancangan pembangunan Pulau Kerengga sebagai hab petroleum kedua Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar memaklumkan, permohonan untuk membangunkan kawasan itu telah diterima dan kerajaan negeri sedang meneliti perancangan syarikat terbabit sebelum membuat keputusan lanjut.




Jelasnya, kedua-dua syarikat tersebut akan datang ke Terengganu pada 4 September ini bagi membincangkan perancangan mereka bersama kerajaan negeri dan mereka turut akan dibawa melawat ke kawasan hab petroleum kedua itu.

"Jika ada persefahaman segalanya berjalan mengikut perancangan antara syarikat Dubai atau China ini, dijangka ia akan mewujudkan 10 hingga 15 ribu peluang pekerjaan, apa pun kita akan teliti perancangan syarikat terbabit.

"Sebelum ini pembangunan hanya rancak di sebelah selatan (kemaman) jadi apabila wujudnya hab ini di Marang nanti, pembangunan turut rancak, mungkin pelabuhan akan diwujudkan sekali gus membuka ruang untuk perniagaan lain," ujarnya.




Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengedarkan Jalur Gemilang bersama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, di Pasar Besar Bukit Besar, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan pihaknya sudah menerima pelan utama untuk melaksanakan projek Terengganu Silica Valley (TSV) yang memerlukan dana sebanyak RM4 billion

"Sekarang kita sedang aktif mencari dan menjemput pelabur-pelabur yang nak melabur dan membangunkan prasarana kawasan itu bersama kerajaan negeri.

"Kita sudah mengenal pasti beberapa syarikat yang besar dalam dunia ini, respon mereka positif untuk projek itu," ulas beliau.

Untuk rekod, hab petroleum pertama Terengganu ialah Loji Penapisan Minyak Terengganu yang terletak di Kertih, Kemaman, dibuka secara rasmi pada 3 Okt 1983.

Ia adalah loji penapis minyak tempatan yang pertama di Malaysia, dimiliki dan diuruskan oleh Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/08/hab-petroleum-pulau-kerengga-tarik.html

Layanan yang berbeza

oleh:ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

SEJAK kebelakangan ini pelbagai isu ditimbulkan di dalam negara menjadikan seolah-olah polarisasi kaum dan agama di Malaysia semakin kronik. Cabar mencabar, tuduh menuduh, label melabel mahu dijadikan norma lazim di tanah watan ini. Perkembangan ini sangat menggusarkan masyarakat awam sama ada Islam atau bukan Islam, Melayu atau bukan Melayu. Lepas satu-satu isu dibangkitkan yang menjurus kepada menyemai benih keraguan satu kaum kepada kaum yang lain.

Dari perspektif orang Islam dan Melayu, ramai yang melihat pelbagai isu timbul kerana layanan yang berbeza diambil di dalam sesuatu isu. Kegusaran orang Islam dan Melayu adalah real tetapi masih lagi berada di bawah aras arus, ia belum lagi muncul di permukaan ataupun menongkah arus. Walaupun begitu kita tidak harus membiarkannya ke situasi yang lebih kronik sebelum mengambil tindakan memperbetulkannnya.

Umpamanya dalam isu Dr Zakir Naik, ada golongan yang menyatakan kita telahpun mempunyai ramai alim ulama tempatan yang beragama Islam, tidak perlulah menjemput orang asing untuk memberi ceramah agama Islam. Namun parameter yang sama tidak digunakan kepada penceramah asing daripada agama lain. Kita tahu agamawan daripada agama lain juga menjemput pendita dan ahli agama mereka dari luar negara. Jika kita mengehadkan penceramah asing bagi agama Islam kerana mungkin tidak sesuai dengan suasana di Malaysia, ia juga harus terpakai kepada penceramah agama lain.

Dr Zakir Naik juga disuruh pulang ke negara asal beliau, India. Dr Zakir Naik telah menerima status Penduduk Tetap di Malaysia. Makna Penduduk Tetap ini ialah beliau mempunyai hak tinggal secara tetap di Malaysia. Jadi rumah beliau adalah di Malaysia bukan lagi India walaupun beliau mengekalkan kewarganegaraan India. Di Malaysia terdapat ramai orang yang memiliki status Penduduk Tetap dan ada yang telah disabitkan kesalahan. Tiada pula kedengaran mereka mesti dihantar pulang.

Adil dan saksama

Selain daripada isu berkaitan Dr Zakir Naik, permainan isu perkauman selalu ditujukan kepada orang Islam/Melayu. Walaupun sebagai kaum majoriti, orang Islam/Melayu tidak dapat mempertahankan hak mereka kerana didakwa bersikap rasis. Tetapi hal yang sama tidak boleh dikaitkan kepada yang bukan Islam atau bukan Melayu. Apabila mereka mengetengahkan sesuatu isu, ia disifatkan sebagai kebebasan bersuara. Apabila mereka merempuh garisan sewajarnya cukuplah bagi sesetengah mereka memohon maaf. Permohonan maaf tersebut mengampuni kesalahan mereka. Ia tidak berlaku kepada orang Islam/ Melayu. Dr Zakir Naik telah berjiwa besar memohon maaf namun siasatan terhadapnya masih diteruskan. Malah beliau dijatuhkan ‘hukuman’ walaupun belum ada tindakan mahkamah diambil.

Tetapi apabila orang bukan Islam/Melayu yang ditularkan melakukan kesalahan ataupun telah dituduh di mahkamah, kedengaranlah suara yang mengatakan kita perlu tunggu sehingga mahkamah membuat keputusan dahulu barulah mengambil tindakan.

Sudah ramai dalam kalangan orang Islam/Melayu berasa jelak atas layanan yang berbeza seperti ini. Bukan saya mahu menzahirkan kebencian kaum tetapi saya mahu menegur pihak berwajib supaya adil dan saksama di dalam semua bentuk keputusan mereka. Ambillah tindakan kepada Dr Zakir Naik menurut undang-undang jika beliau melakukan kesalahan tetapi jangan lupa kepada orang lain yang melakukan kesalahan serupa.

Pada pandangan saya, Dr Zakir Naik bukanlah seorang alim ulama yang mempunyai autoriti di dalam bidang agama, ataupun mengenai sejarah Malaysia. Beliau tidak seharusnya menyentuh hal berkenaan di dalam mana-mana ucapan beliau. Apatah lagi apabila menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun keilmuan beliau di dalam perbandingan agama perlu dimanfaatkan bersama. Menghantar beliau ke India bukan suatu pilihan yang adil kerana kita sendiri tahu situasi layanan terhadap umat Islam di sana ketika ini.

Tindakan yang adil dan saksama perlu diambil tanpa mengira ras agama dan bangsa. Keharmonian kaum mestilah diutama. Kegusaran mestilah dipadamkan. Marilah kita bersama-sama membentuk Malaysia yang lebih adil dan saksama menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.


Masalah kemiskinan di Malaysia - Punca dan penyelesaian


oleh: Prof Nazari Ismail 

BARU-baru ini kenyataan pelapor khas PBB Philip Alston telah membuat ramai dari kita terkejut. Ini kerana beliau mengisytiharkan kaedah yang digunakan untuk menentukan kadar kemiskinan di Malaysia adalah tidak sesuai serta tidak memberikan gambaran sebenar tentang keadaan kemiskinan di negara kita.

Menurut beliau kaedah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia adalah tidak wajar kerana berpandukan kepada garisan kemiskinan yang tidak realistik (iaitu RM980 sebulan bagi satu keluarga yang mempunyai empat ahli).

Akibat dari penggunaan kaedah ini, kadar kemiskinan di Malaysia adalah hanya 0.4 peratus dan dengan itu memberikan gambaran bahawa Malaysia seolah-olah telah berjaya menghapuskan terus masalah kemiskinan sedangkan negara negara Eropah, Jepun dan Amerika masih terbelenggu dengan masalah kemiskinan.

Sebenarnya situasi berbeza ini adalah akibat dari penggunaan kaedah pengiraan yang berbeza. Di negara lain, kaedah yang digunakan adalah `kemiskinan relatif’ (relative poverty) di mana sesuatu keluarga dikatakan miskin jika pendapatan adalah kurang dari jumlah 60 peratus dari pendapatan median di dalam negara tersebut.

Akibat menggunakan cara pengiraan ini, 17 peratus rakyat Amerika dilaporkan miskin. Di Jepun pula, angkanya ialah lebih kurang 16 peratus.

Sebenarnya jika kaedah pengiraan yang sama digunakan di Malaysia, lebih kurang 20 peratus rakyat Malaysia adalah miskin kerana 60% peratus dari pendapatan median (iaitu RM5,228 pada tahun 2016) adalah RM3,136. Sudah tentu ramai rakyat Malaysia berpendapatan bawah dari RM3,136.

VIDEO: Laporan PBB mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia di Malaysia

Sebenarnya kaedah yang digunakan sekarang di Malaysia di mana garis penentuan kemiskinan adalah sebanyak RM980 adalah langsung tidak munasabah terutama sekali bagi penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Sebagai contoh kos sewa sebuah flet dua bilik di Seksyen 17 Petaling Jaya ialah lebih dari RM1,000 sebulan.

Ini belum lagi masuk kos makanan, pakaian dan pengangkutan. Adalah tidak masuk akal menyatakan bahawa keluarga yang berpendapatan atas dari RM980 sebulan adalah tidak lagi tergolong di dalam kategori miskin.

BACA: Merungkai kekeliruan kadar kemiskinan

Sudah sampai masanya kerajaan mengakui bahawa keadaan kemiskinan di negara kita sebenarnya amat tenat. Kerajaan juga perlu mengenal pasti apakah punca kepada masalah kemiskinan ini tanpa perlu menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lepas dalam hal ini. Ini kerana punca sebenar masalah ialah sistem ekonomi dan kewangan kita yang bertunjangkan kepada industri hutang atau amalan Riba.

Amalan sistem perbankan negara kita adalah sama dengan sistem perbankan di negara barat di mana bank akan sentiasa mencipta `wang baru’ apabila ia memberi hutang kepada pelanggannya. Industri perbankan sebenarnya tidak memerlukan kepada deposit dari mana-mana pihak untuk ia memberi hutang kepada pelanggannya.

Bahkan hutang yang diberikan itu akan direkodkan sebagai deposit di dalam akaun peminjam untuk menunjukan situasi seolah-olah depositnya adalah tinggi dan bahawa deposit ini lah menjadi sumber dana untuk ia memberi hutang. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh The Bank of England dalam satu penerbitannya iaitu `The Bank of England Quarterly Bulletin; 2014’. Perkara ini juga boleh disahkan dengan melihat rekod perakaunan bank setiap kali pinjaman atau pembiayaan diberikan.

BACA: PBB sifatkan peratusan kemiskinan Malaysia tidak realistik

Akibat dari jumlah wang baru yang banyak diciptakan oleh sistem perbankan, maka kos barangan meningkat dengan cepat. Pada masa yang sama syarikat dan kerajaan yang juga banyak berhutang dengan sistem perbankan akan berusaha untuk memastikan upah atau gaji yang diberikan kepada pekerja adalah rendah.

Apabila kos barangan meningkat dengan cepat sedangkan gaji dan upah tidak meningkat pada kadar yang sama, maka timbullah masalah `kenaikan kos sara hidup’. Tidak hairanlah ramai dari rakyat Malaysia terjebak dengan masalah kemiskinan di mana pendapatan sebanyak RM3,000 adalah masih tidak mampu untuk menyara sebuah keluarga, terutama di bandar-bandar.

Sebenarnya jika industri hutang atau sistem perbankan kita terus berkembang maka masalah kemiskinan di negara kita bukan sahaja mustahil diselesaikan bahkan akan menjadi lebih teruk.

BACA: Daim pertikai laporan kemiskinan PBB

Namun untuk memastikan sektor perbankan tidak berkembang dengan cepat memerlukan perubahan nilai masyarakat supaya gaya hidup mereka akan tidak membuat mereka berhutang kepada industri perbankan untuk membeli kereta, rumah dan sebagainya. Perubahan nilai ini bukannya mustahil dilakukan.

Ia hanya perlu kepada kefahaman tentang bahaya industri hutang dan juga pandangan hidup (world view) yang menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup sebenar dan bukan nya pemilikan harta di dunia.

Kita juga perlu memupuk nilai Islam yang tulen di mana amal soleh yang banyak serta akhlak yang baik adalah kayu ukur kejayaan seseorang individu atau masyarakat dan bukannya kekayaan material semata-mata.

* Prof Nazari Ismail ialah mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya. Beliau juga aktif menggerakkan usaha pemulauan dan sekatan (Boycott, Divestment, Sanctions – BDS) menentang kekejaman Zionis Israel terhadap rakyat.

Bapa Adib dapat kebenaran 'heret' Tommy ke mahkamah


SHAH ALAM - Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba dan penyelamat Malaysia (JPBM).

Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ex- parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh ayah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, mahkamah mendapati wujud prima facie atas imbangan keberangkatan.

Menurutnya, daripada dokumen yang difailkan oleh peguam keluarga Muhammad Adib, terdapat asas kebarangkalian bahawa berlaku satu tindakan yang dibuat oleh Tommy menjurus kepada penghinaan mahkamah.

"Afidavit yang dikemukakan oleh bekas Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada 3 April lalu menjadi rentetan hingga wujudnya gesaan agar inkues ini digantikan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)," katanya.

Beliau berkata, perkara itu telah menimbulkan persepsi terhadap inkues yang dijalankan olehnya atas arahan Peguam Negara sendiri untuk merungkai punca kematian Muhammad Adib.

"Ia meletakkan seolah-olah inkues ini sebagai satu wayang dan integriti serta ketelusan dipertikaikan,” katanya.

Pada 16 Julai lalu, Mohd Kassim, 65, sebagai bapa Muhammad Adib memfailkan permohonan itu.

Terdahulu, Tommy didakwa membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April lalu.
Tommy juga didakwa telah campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan (‘unlawful interference in the cause of justice’).

Ekoran campur tangan salah itu, Tommy didakwa telah menyebabkan prosiding inkues kematian Muhammad Adib tertangguh, sekaligus melengahkan keadilan daripada dicapai.

Mohd Kassim, juga mendakwa Tommy menindas peguam Syazlin Mansor daripada melakukan tugasannya sebagai Peguambela dan Peguamcara dan pegawai Mahkamah yang sah mewakili kepentingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), JPBM dan keluarga Muhammad Adib.

Pada 15 April lalu, Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Kuil Mariamman Seafield menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk menjadi pemerhati dalam inkuri tersebut setelah Tommy menyatakan kecederaan dialami Muhammad Adib bukanlah dipukul pada perenggan ke-5 dan 6 afidavit tersebut.

Muhammad Adib,24, parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/45020/BERITA/Mahkamah/Bapa-Adib-dapat-kebenaran-heret-Tommy-ke-mahkamah

3 maut, hasrat bantu mangsa kemalangan bertukar tragedi



SEREMBAN: Hasrat pemandu lori yang mambawa muatan tong gas untuk membantu penunggang motosikal yang terbabas di laluan kecemasan, bertukar tragedi apabila lorinya dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi lori yang membawa muatan simen, malam tadi.

Rempuhan itu menyebabkan lori dengan muatan tong gas itu bergerak ke depan lalu melanggar penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabas itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, dalam kejadian pukul 11.00 malam di KM 269.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara itu turut mengorbankan pemandu lori simen berkenaan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Idham Baharudin, 20, penunggang motosikal Yamaha Y15 dan pemboncengnya Nurul Farah Safwannah Abdul Rashid, 20, dan pemandu lori simen V Ravendran, 26.

Ibrahim berkata, kemalangan berlaku ketika sebuah Yamaha Y15 yang ditunggang seorang lelaki bersama seorang pembonceng dalam perjalanan dari arah Seremban menuju Kajang.

"Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke arah lorong kecemasan lebuh raya. Selepas kemalangan, seorang penunggang motosikal jenis Honda EX5 dan pemandu lori jenis Scania membawa muatan tong gas dari arah yang sama berhenti di lorong kecemasan untuk memberi bantuan.

"Kemudian sebuah lori jenis Volvo dipandu seorang lelaki yang membawa muatan simen dari arah yang sama melanggar bahagian belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ibrahim berkata berikutan itu, lori yang membawa muatan tong gas itu bergerak ke hadapan dan terlanggar mangsa kemalangan dan penunggang EX5 yang berhenti untuk membantu.

"Kemalangan ini menyebabkan 3 mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha Y15 dan pemandu lori membawa muatan simen meninggal dunia di tempat kejadian. Bagaimanapun penunggang motosikal EX5 mengalami luka di bahagian kaki manakala pemandu lori tong gas masih belum dapat dipastikan kecederaan yang dialami.

"Akibat pelanggaran itu juga, menyebabkan tong gas jatuh bertaburan di beberapa lorong di lokasi kejadian," katanya.

Ibrahim berkata kes disiasat di bawah Sek.41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, 3 dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan 4 kenderaan, termasuk 2 motosikal, di KM 269.9, PLUS arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

Tiga penjenayah disyaki aktif pecah masuk kilang maut ditembak


BUKIT MERTAJAM: Tiga penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Pala 6, Kawasan Perindustrian Permatang Tinggi, di sini, awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika ketiga-tiga suspek, yang merupakan warga asing, sedang melakukan jenayah pecah kilang di kawasan itu.

Menurut sumber, mereka yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.

Bagaimanapun ketika melarikan diri, suspek turut bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah polis, menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan.

Dalam kejadian berbalas tembakan itu, ketiga-tiga suspek maut di lokasi kejadian.

Sepucuk pistol, serta parang, termasuk peralatan melakukan jenayah pecah kilang, ditemui di dalam kenderaan yang dinaiki suspek.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan, ketiga-tiga suspek dipercayai merupakan kumpulan yang aktif melakukan jenayah pecah kilang di sekitar kawasan tersebut.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-penjenayah-disyaki-aktif-pecah-masuk-kilang-maut-ditembak-216018

Dr Zakir Atau Dr Ramasamy Yang Sebenarnya Pengganas?

Roslan SMS

Gerakan halau Dr Zakir Naik ke India begitu agresif dan vokal dilancarkan khasnya oleh pimpinan tertentu dalam DAP yang berketurunan India.

Dengan memiliki kuasa politik yang dominan dalam kerajaan mereka kuat mendesak kononnya kehadiran Dr Zakir mengancam kestabilan dalam negara dan lebih serius lagi mereka bersetuju dengan dakyah kerajaan BJP India kononnya Dr Zakir terlibat dengan kumpulan pengganas dan penggubahan wang haram.

Mereka yang lantang ini termasuklah Kulasegaran, Gobind dan paling ke hadapan adalah Timbalan KM P.Pinang Dr P. Ramasamy. Masing-masing mahu menjadi juara dalam isu ini dan cukup menebal kebencian mereka terhadap pendakwah yang dihormati dan disayangi umat Islam Malaysia itu.

Terkini dalam temuramahnya di stesyen TV India, Republic (sebagaimana diperincikan sahabat saya Dr Kamarul Yusoff) Ramasamy secara terang-terangan menyatakan permusuhannya pada Dr Zakir dengan menegaskan Dr Zakir kononnya tidak layak hidup di Malaysia malah tidak layak hidup di mana-mana dunia bertamaddun.

TV Republic menyanjung ketegasan Ramasamy dan mengangkatnya sebagai juara dalam usaha menangkap dan mendakwa Dr Zakir di India.

Apa pun kini Alhamdulillah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah mengisytiharkan yang Dr Zakir boleh terus kekal berada di Malaysia.

Memang Ramasamy dan suku-sakatnya marah dengan keputusan ini, tetapi itulah keputusan PM yang mengetuai kerajaan PH yang dianggotai parti Ramasamy.

Takkan tak setuju lagi dengan pemimpin sendiri? Atau Ramasamy lebih berkuasa dari PM?

Tetapi jangan kita lupa Ramasamy pun pernah didakwa menyokong pengganas dan sehingga hari ini tiada tindakan diambil terhadap beliau.

Ramasamy dituduh bersimpati dengan perjuangan gerakan pengganas LTTE atau Liberation Tigers of Tamil Eelam yang diklasifikasi sebagai gerakan pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

LTTE adalah gerakan pemisah yang berjuang mengangkat senjata menentang kerajaan Sri Lanka bagi membebaskan Wilayah Utara Eelam yang majoriti penduduknya dari ethnik Tamil.

LTTE lumpuh apabila pemimpin mereka V.Prabhakaran mati ditembak tentera Sri Lanka dan wilayah mereka dikuasai kembali kerajaan.

Semasa aktif LTTE dikaitkan dalam pembunuhan PM India Rajiv Gandhi 1991 dan Presiden Sri Lanka Premadasa 1993.

LTTE walau sudah berkubur namun semangat perjuangannya terus hidup dan Ramasamy salah seorang pemimpin yang terus bersimpati dengan gerakan pengganas ini.

Banyak penulisan yang mengaitkan Ramasamy dengan LTTE selain beliau terlibat dalam sekretariat proses perdamaian antara LTTE dan kerajaan Sri Lanka. Beliau wakil proses damai tapi dalam waktu yang sama seorang yang percaya dan simpati pada LTTE .

Dalam satu penulisan dalam laman Ministry of Foreign Affairs -Sri Lanka dinyatakan:

"(terjemahan) Mengikut sumber keselamatan Sri Lanka, sejak berakhirnya peperangan, Ramasamy berkerja rapat dengan Selvathurai Kirubananthan yang sebelum ini merupakan orang penting dalam Sayap Perisikan LTTE yang diketuai Pottu Amman."

Dan malah dalam laman web malaysiaindru.my terdapat satu artikel bertajuk "Stop accusing YAB Prof Ramasamy & LTTE" ada tercatat:

"(terjemahan) Pertuduhan mengatakan Timbalan KM Dr Ramasamy adalah penyokong LTTE sebenarnya adalah peluang bagi kita keturunan Tamilar Malaysian untuk mengisytiharkan sokongan pada LTTE - pejuang kebebasan sebenar."

Dr Zakir atau Dr Ramasamy yang sebenarnya pengganas?

Semoga pihak polis membuka kembali siasatan terhadap Ramasamy ini. Dr Zakir dah disoal-siasat. Panggil dan heret pula Ramasamy.

Isu Dr Zakir bukan isu rasis atau perbalahan Agama tetapi orang seperti Ramasamy lah yang kuat menghasut sehingga menyemarakkan api kebencian.

Apa kata kita serahkan beliau ke kerajaan Sri Lanka?

Dasar Pelancongan Negara: Pacu industri ke arah teknologi digital - PM


KUALA LUMPUR: Mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Malaysia kini berusaha ke arah teknologi digital dalam sektor pembangunan pelancongan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menerusi Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030, Malaysia kini sedang melaksanakan konsep digitalisasi menyeluruh untuk mengubah industri pelancongan negara ke arah inisiatif pelancongan pintar.

Jelasnya, kerajaan percaya, menerusi keterangkuman spektrum digitalisasi, ia dapat menyediakan keperluan buat para penggiat pelancongan ke peringkat antarabangsa selain meluaskan perniagaan dan memendekkan tempoh rantaian bekalan.

"Untuk pastikan semua ini menjadi kenyataan, ekosistem pelaburan baru adalah penting untuk persekitaran yang kondusif bagi membolehkan industri pelancongan berteraskan teknologi memacu ke hadapan.
"Pelaburan dalam infrastruktur secara fizikal dan perisian perlu seimbang.

"Dasar negara perlu membenarkan insentif pelaburan dalam produk seperti pemerolehan data, penciptaan kandungan dan pengwujudan platform dalam talian," katanya pada ucaptama perasmian Persidangan Pelancongan Sedunia 2019 yang berlangsung di sini, hari ini.

Jelasnya, menerusi dasar tersebut, Malaysia akan mewujudkan Zon Pelaburan Pelancongan Khas di seluruh negara.

"Insentif khusus sedang diformulasi untuk menarik pelaburan infrastruktur fizikal dan perisian termasuk pelaburan berteraskan teknologi baharu dalam sektor pelancongan.

"Malaysia sedar bahawa kemajuan teknologi dalam pelancongan akan memecahkan sempadan industri sedia ada dan membuka peluang pertumbuhan seluasnya di peringkat global," katanya.

Ujarnya, pemegang taruh industri pelancongan kini mula memfokuskan kepada perkongsian ekonomi menerusi platform digital, integrasi media sosial termasuk analisis data raya.

Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, DPN 2020-2030 yang menentukan hala tuju strategik pelancongan negara bakal dilaksana tahun hadapan.

Jelasnya, dasar yang sedang digubal Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu akan menjadi panduan dalam merancang pembangunan sektor pelancongan bagi mengoptimumkan potensinya sebagai satu daripada pemacu ekonomi utama negara.

© all rights reserved
made with by templateszoo