NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Tidak Akan Sertai Bersatu - Tok Mat Hasan



Perpecahan dan kesusutan pengaruh politik bangsa Melayu bermula semenjak YAB Tun Mahathir menubuhkan Bersatu. Lebih memeritkan bila Bersatu menjalinkan kerjasama politik dengan DAP untuk menewaskan UMNO.

Setelah PH membentuk Kerajaan, orang Melayu menyedari bahawa Bersatu tidak berupaya menjadi jurucakap sebenar bangsa Melayu. Kerana itulah orang Melayu tidak berbondong-bondong menyertai Bersatu.

Menyedari bahawa kedudukan Bersatu tidak semakin membaik, malah menjadi lebih susut, YAB Tun Mahathir semalam mempelawa parti politik Melayu menyertai Bersatu.

UMNO dan ahli-ahlinya tidak akan menyertai Bersatu untuk selamanya. UMNO adalah parti politik terbesar bangsa Melayu. Ia telah tujuh dekad menjadi jurucakap sebenar bangsa Melayu. Apatahlah lagi bila Bersatu itu lahir dari rahim UMNO.

UMNO mesti meneruskan islahnya dan mengukuhkan kerjasama politik dengan PAS. Ia adalah langkah paling strategik untuk UMNO. Kerana ia diasaskan bukan untuk kepentingan politik semata. Ia adalah wadah kesatuan ummah demi kelangsungan dan kebolehsaingan bangsa Melayu dan kemakmuran Malaysia yang majmuk.

UMNO dan PAS akan membentuk kekuatan politik Melayu yang tidak pernah terjelma sebelum ini. Ia akan menjadi tsunami yang bukan sahaja akan menelan Bersatu, tetapi juga Pakatan Harapan.

Biarlah UMNO meneruskan rencananya dengan PAS dan menjayakannya. Kita akan buktikan bahawa strategi politik tersebut adalah lebih ampuh dan lestari.

Kepada YAB Tun Mahathir, seruan kearah perpaduan Melayu adalah baik. Tetapi UMNO telah lebih awal melakukannya dengan bekerjasama dengan PAS.

Dato' Seri Utama Mohamad Bin Hassan
Timbalan Presiden UMNO

Sumber: Instagram @mohamadhjhasan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo