NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ulama Tidak Harus Membisu - Perlu Bangkit Bantah Jeddah World Fest.


oleh: Mohd Azmi Abdul Hamid

Kami mengesa seluruh ulama di Malaysia bangkit membantah dengan tegas acara Jeddah World Fest ( Festival Dunia Jeddah ) yang bakal diadakan di Jeddah Arab Saudi pada 18 Julai 2019 ini.

Ini adalah acara yang pertama seumpama ini di bumi kelahiran Islam dan dibumi Rasullullah mengembara menyempurnakan Risalah Dinnullah.

Kami tidak dapat menerima betapa kerajaan Arab Saudi kebelakangan ini semakin menyerlahkan kepincangannya dengan melakukan pelbagai langkah yang mencemari Islam.

Arab Saudi kini dikatakan sedang menarik sedikit demi sedikit larangan ke atas industri hiburan.

Pengumuman acara Jeddah World Fest itu akan diundang penghibur lucah hip-hop Nicki Minaj  sebagai penghibur utama telah mengejutkan banyak pihak.

Acara itu disebut sebagai " selaras dengan undang-undang Saudi dan bebas arak dan dadah ".

Festival itu terbuka kepada mereka berumur 16 tahun ke atas dan akan diadakan di Stadium Sukan Raja Abdullah di bandar Laut Merah.

Artis lain yang diundang termasuk Liam Payne dan DJ Steve Aoki.


Malah pihak Saudi menyediakan kemudahan visa elektronik pantas untuk penonton dari luar Saudi.

Rupanya dibeberapa bulan yang lalu artis Barat seperti Mariah Carey, Enrique Iglesias, Black Eyed Peas, rapper Sean Paul, DJs David Guetta dan Tiesto sudah melakukan konsert di Arab Saudi.


Malangnya para Ulama dibawah kerajaan Arab Saudi nampaknya membisu sehingga tidak kedengaran sebarang suara menegur Raja Salman.

Manakala mereka yang mengkritik kerajaan Arab Saudi atas isu krisis dengan Qatar, perundingan damai dengan israel, bersekongkol dengan Amerika Syarikat, pembunuhan Jamal Kashoggi , telah ditahan, didakwa mengkhianat dan ada yang dihukum bunuh.

Jeddah World Fest jelas adalah suatu acara Barat yang menampil artis dunia untuk melakukan persembahan di stadium KASS. Persembahan yang pasti jauh menyimpang dari Syariah Islam.

Ketika sidang media mengenai acara itu diadakan, penganjur dengan bangga mengumumkan penghibur lucah Nicki Minaj dijemput untuk melakukan persembahan konsert bersama para artis lain dari negara Barat.

Konsert diacara yang berbayar itu kononnya telah menyenarai pelbagai barangan yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam stadium atas alasan keselamtan.

Walaupun Nicky Minaj hari ini mengumumkan menarik diri dari acara tersebut atas alasan tidak bersetuju dengan polisi Arab Saudi mengharamkan LGBT serta melanggar hak manusia terhadap wanita serta menafikan kebebasan bersuara , namun mengundang beliau untuk persembahan konsert diacara itu sekalipun sudah sangat mengejutkan.

Apakah kerajaan Arab Saudi sudah menyimpang jauh dari ajaran Islam sehingga berani buatkali pertama membenarkan acara seperti ini diadakah di bumi yang tertegakknya Masjidul Haram ( Kaabah ) di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Lebih parah, Jeddah adalah termasuk dalam kawasan miqat Haji dan kini musum para Jamaah Haji dari seluruh dunia sedang berpusu-pusu untuk menunaikan haji musim ini.

Kami menggesa ulama di Malaysia tidak mendiamkan diri.

Ulama di Malaysia khususnya dan didunia amnya perlu menegur dan berusaha agar dua tanah suci ( Haramain ) itu tidak dicemari oleh budaya jahiliyyah.

Para Ulama harus mengadakan sidang khas membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi menegur regim Arab Saudi dan mengembleng umat Islam untuk bangkit bersama menentang pencemaran tanah suci Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden MAPIM
( Hide )
  1. Mereka lupa tentang kemurkaan Allah.Sesungguhnya azab Allah amat pedih.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo