'Tiada sebab PAS perlu sertai PH jika sekadar jadi khadam'


KOTA BHARU - Tiada sebab PAS perlu menyertai Pakatan Harapan (PH) jika sekadar menjadi khadam kepada DAP.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, lihat sahaja kepada bekas pemimpin PAS yang sebelum ini hebat di pentas politik namun kini menikus seperti ‘pak turut’.

Menurutnya, golongan itu tidak lagi berani untuk mengangkat muka apatah lagi bangun membela jika timbul isu-isu yang menjejaskan agama, bangsa dan kedudukan Raja-raja Melayu.

“Buat apa PAS masuk PH atau ke Putrajaya bersama mereka kalau sekadar nak jadi pak turut.

“Lihat sekarang dengan pelbagai isu yang keluar, mengancam kedudukan agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu seperti isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Statut Rom, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan pelbagai lagi.

“Di samping itu, isu-isu lain seperti pengendalian kes anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, isu video intim luar tabii dan terbaharu dakwaan rogol seorang amah babit seorang Exco kerajaan, tetapi di mana mereka (pemimpin PH)?

“Sepatutnya gunakan kedudukan mereka untuk mempertahankan Islam, membela mangsa yang lemah tapi hari ini mereka menikus,” katanya ketika ditanya mengenai pelawaan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa supaya PAS mempertimbangkan tawaran menyertai PH.

Che Abdullah berkata, Husam seakan lupa bahawa PAS ada dasar dan teguh berpegang dengan dasar Fasal 3 Perlembagaan PAS menyebut dengan jelas iaitu Islam.

Beliau berkata, Fasal 5(2) pula menyebut tujuan PAS, mempertahankan Islam, kemerdekaan dan kedaulatan negara, sedangkan PH tidak mempunyai dasar seumpama itu.

Menurutnya, cukuplah beberapa pimpinan Amanah terus menjadi tali barut parti sementara PAS meneruskan perjuangan dengan dasarnya. - SINAR HARIAN
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget