NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Tawar Diskaun 50 Peratus Insentif Premium Tanah - MB

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri memperkenalkan insentif menarik kepada pelabur yang melabur di Terengganu, ianya termasuk diskaun ke atas premium tanah antara 10 hingga 50 peratus kepada mereka yang layak.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini termasuk pembayaran premium tanah secara ansuran selama setahun dan rebat sehingga 30 peratus ke atas premium itu kepada pelabur yang melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, di sini hari ini.

Dalam soalannya, Hishamuddin memohon supaya dinyatakan jumlah pelaburan di setiap daerah sejak tahun 2017 sehingga sekarang dan senarai nama syarikat pelabur (asing dan tempatan) serta insentif galakan yang ditawarkan kerajaan negeri.

Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, jumlah keseluruhan pelaburan di negeri Terengganu sehingga kini adalah RM5.04 bilion.

Ini termasuk RM4.7 bilion pelaburan asing manakala selebihnya (RM370.17 juta) adalah pelaburan domestik.

Katanya, hanya satu sahaja pelaburan asing masuk ke Terengganu iaitu di daerah Kemaman dan tidak ada pelaburan asing dicatatkan di tujuh daerah lain di seluruh negeri Terengganu.

Sementara pelaburan domestik juga tertinggi di Kemaman dengan jumlah RM208.11 juta, diikuti daerah Besut (RM53.19 juta), Hulu Terengganu (RM49.39 juta), Dungun (RM35.80 juta), Kuala Terengganu (RM18.28 juta), Marang (RM4.42 juta) dan Kuala Nerus (RM980,000).

Manakala Daerah Setiu tiada sebarang pelaburan dicatatkan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo