NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda? Pendaftaran Pengundi Baru / Pertukaran Alamat Kawasan Mengundi boleh dibuat Online..


PENDAFTARAN PENGUNDI BARU / PERTUKARAN ALAMAT KAWASAN MENGUNDI ONLINE..

Boleh dilakukan di https://mysprdaftar.spr.gov.my

MySPR DAFTAR

SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.

Untuk semakan daftar pemilih anda boleh layari https://pengundi.spr.gov.my/

Kerajaan Persekutuan telah meminda Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang membenarkan berumur 18 tahun menjadi pengundi di PRU.

Oleh itu jumlah pengundi pada PRU15 dijangka berjumlah anggaran 22 juta orang, berbanding 14.9 juta pengundi pada PRU14 tahun lepas.

MySPR Daftar, bukan sahaja boleh membuat pendaftaran pemilih secara online, malah boleh juga memohon pertukaran alamat tempat mengundi.

Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.

Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:

> Warganegara Malaysia Berumur 18 tahun ke atas.
> Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
> Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang pihal berkuasa.

Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:

> Nombor telefon bimbit yang sah
> Emel yang sah
> Gambar depan kad pengenalan
> Gambar swafoto bersama kad pengenalan

Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.

Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual. Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.

Sebaik disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.

Cara:

> Selepas login, klik Status Saya.

> Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).

> Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang Hantar.

Untuk butiran lanjut, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 dalam waktu pejabat atau melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo