Syed Mokhtar Kuasai 
Media Prima

KUALA LUMPUR – Tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dijangka menjadi peme­gang saham terbesar di dalam konglomerat Media Prima dengan me­nguasai 19.5 peratus saham dianggarkan bernilai RM126 juta.

Ini susulan muktamad­nya transaksi pengambilalihan 11.09 peratus saham Gabungan Kesturi Sdn. Bhd. yang dimiliki parti pemerintah terdahulu, UMNO di Bursa Malaysia, semalam, menjadikan Syed Mokhtar pemegang saham ketiga terbesar Media Prima, buat masa ini.

Sejumlah 123.02 saham UMNO tersebut dijual pada harga 60 sen sesaham dengan anggaran jualan bernilai RM73.81 juta, iaitu premium seba­nyak 23.7 peratus, ketika ditutup pada 48.5 sen semalam.

UMNO dilapor­kan memiliki baki 7.96 peratus saham di dalam Media Prima, menerusi Altima Inc. yang merupakan pemegang saham keempat terbesar di dalam konglomerat media tersebut.

Sumber industri memberi­tahu Utusan, Syed Mokhtar yang sudah sedia ada memiliki kepentingan di dalam Utusan Melayu (M) Berhad dan The Malaysian Reserve dijangka melengkapkan pengambilalihan saham UMNO di dalam Aurora Mulia Sdn. Bhd. tidak lama lagi.

Difahamkan, urus niaga Syed Mokhtar dengan Aurora Mulia Sdn. Bhd. kini berada dalam peringkat akhir pengambilalihan syer-syer yang belum dimilikinya.

Menurut sumber lagi, Aurora berhasrat mengambil alih sejumlah 211 juta saham kedua-dua syarikat tersebut yang mewakili 19.05 peratus saham di dalam Media Prima.

“Pengambilalihan ekuiti terbesar oleh Syed Mokhtar itu dijangka menyaksikan satu lagi rombakan berlaku di dalam Media Prima yang memiliki perniagaan akhbar, televisyen dan pengiklanan luar itu,’’ kata sumber.

Syed Mokhtar memiliki beberapa kepentingan di dalam media termasuk Kumpulan Utusan dengan kira-kira 19 peratus saham manakala 31.6 peratus lagi saham dimiliki Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir.

Difahamkan, Gabungan Kesturi dan Altima Inc. merupakan syarikat pelaburan milik UMNO walaupun mengikut laporan tahunan Media Prima, Gabungan Kesturi dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Raya Bhd., yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan.

Sebelum ini, UMNO memegang 7.96 peratus kepen­tingan di dalam Media Prima menerusi Altima Inc. manakala Kumpulan Simpanan Wang Pekerja merupakan pemegang saham terbesar dengan 11.92 peratus.

Menariknya, pemegang saham utama Media Prima adalah firma perbankan Jepun, Mitsu­bishi UFJ Financial Group yang menguasai 12.84 peratus ekuiti atau 42.29 juta saham.

Turut tersenarai sebagai pemegang saham utama di dalam Media Prima ialah firma pengurusan pelaburan berpangkalan di London, Edgbaston Investment Partners LLP iaitu seba­nyak 5.38 peratus saham.

Ketika pasaran Bursa Malaysia ditutup pukul 5 petang ini, saham Media Prima tidak berubah kepada 48 sen.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget