SPR: Cadangan pendaftaran automatik pengundi perlu pindaan perlembagaan


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata sebarang langkah untuk melaksanakan pendaftaran pengundi berusia 18 tahun secara automatik memerlukan pindaan ke atas Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, mengikut kerangka undang-undang masa kini pengundi yang ingin berdaftar perlu memohon untuk mendaftar.

"Pendaftaran secara automatik perlukan sedikit pindaan Perlembagaan Persekutuan dan pindaan ke atas peraturan pilihan raya," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, pembangkang berkata, ia akan membawa usul bagi meminda Perkara 47 dan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan agar warganegara berusia 18 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi dan layak menjadi calon pilihan raya.

Ketua pembangkang, Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan membawa usul persendirian itu ke Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

Jemaah menteri pada 19 September tahun lalu bersetuju dengan cadangan meminda perlembagaan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Kerajaan dijangka membentangkan usul itu di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Azhar berkata, isu mengenai had umur mengundi 18 tahun seperti pendaftaran secara automatik merupakan perkara struktural.

Katanya, perkara itu perlu dibawa oleh pihak kerajaan, dan Parlimen, bukannya SPR.

"Bagi pihak SPR, saya berkecuali dalam hal ini kerana kita mengikut kerangka undang-undang. Kita akan berfungsi dan menjalankan tugas mengikut apa-apa peruntukan undang-undang yang ada.

"Jadi sekiranya ada peruntukan undang-undang yang mengatakan had umur mengundi 18 tahun dan juga pendaftaran automatik sebagai pengundi, maka itu kita akan jalankan," katanya. - FMT




Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget