Siapa Yang Sebenarnya Bodoh: Umno Dan PAS Atau Dap?



Senarionya adalah begini:

(1) Pemimpin BERSATU, khususnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berusaha meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS supaya mengundi menyokong Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan hak mengundi dari umur 21 tahun menjadi 18 tahun kerana tanpa sokongan mereka Rang Undang-Undang ini tidak akan dapat diluluskan.

(2) Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS bersetuju mengundi menyokong Rang Undang-Undang ini dengan syarat ia akan disertakan dengan dua lagi pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun secara automatik terdaftar sebagai pemilih dan layak menjadi Ahli Dewan Rakyat, dan ini dipersetujui oleh pengemuka Rang Undang-Undang ini.

(3) Belum pun Rang Undang-Undang ini dibahaskan dan diundi, pemimpin DAP, Senator Liew Chin Tong, membodohkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS yang bersetuju mengundi menyokongnya sekali gus menyebabkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS mungkin akan malu, terasa hati atau bimbang serta mungkin akan menyebabkan mereka memikirkan kembali kewajaran mereka mengundi menyokongnya.

Soalannya pula adalah begini:

(1) Apakah tindakan Senator Liew Chin Tong membodohkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS adalah satu laungan kemenangan ke atas strategi pembodohan yang dibuat ke atas Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS?

(2) Jika ia adalah satu laungan kemenangan ke atas strategi pembodohan, tidakkah ia satu kebodohan untuk Senator Liew Chin Tong merayakan kemenangan terlalu awal kerana Rang Undang-Undang ini belum pun diundi?

(3) Ataukah tindakan Senator Liew Chin Tong membodohkan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS adalah satu cubaan untuk mensabotaj Rang Undang-Undang ini dengan mendorong mereka tidak mengundi menyokongnya?

Kalau Senator Liew Chin Tong ikhlas untuk kepentingan negara, tidakkah ucapan “terima kasih”, bukan “bodoh”, yang perlu diucapkan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS?

Ataukah mungkin Senator Liew Chin Tong beranggapan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS benar-benar bodoh hingga tidak mampu membaca akhbar berbahasa Inggeris?
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget