NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat Jangan Mudah Tertipu Dengan "Scammer" - Dr Khairuddin


Oleh : Zulhafeez Ahmad Zahidi

KUALA NERUS : Situasi kini memerlukan kesedaran rakyat agar tidak mudah ditipu dengan pelbagai skim terutama melibatkan tawaran cepat kaya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata demikian ketika majlis Program Komuniti Bersama PDRM di Masjid Jamek Gong Pak Jin, selepas Solat Jumaat hari ini.

Jelasnya, tiada jalan mudah untuk kaya melainkan dengan usaha. Namun oleh kerana terpedaya dengan habuan serta jalan pintas maka ramai memilih jalan senang.

" Saya sendiri membawa isu ini ke dalam parlimen kerana ia adalah tanggungjawab bersama dan semakin lama meningkat mangsa yang diperdaya.

" Antara menjadi sasaran golongan pesara yang pastinya mempunyai duit simpanan dan saraan akhirnya terjebak sehingga tahap hilang segala-galanya.

" Tiada siapa yang begitu baik untuk berikan kita duit tanpa ada matlamat tertentu, rakyat jangan mudah tertipu dan berhati-hati dalam
membuat penilaian," tegasnya.

Terdahulu beliau berpeluang menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama dengan membicarakan berkaitan hikmah ibadah haji bagi orang mukmin.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2647252475284766&id=569086473101387

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo