Raja Dihina: Apa Sebenarnya Pendirian Ph?


oleh: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
11 Julai 2019

1. Selepas pimpinan DAP menyeru rakyat bersolidariti dengan pesalah jenayah menghina Institusi Raja-Raja Melayu, kini bakal PM Anwar Ibrahim pula menyatakan kesediaan bertemu dengan PM Tun Mahathir bagi membincangkan mengenai isu hukuman ke atas Wan Ji.

2. Persoalannya apakah Anwar Ibrahim cuba mencampuri urusan kehakiman yang telahpun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini?

3. Bagi Pemuda UMNO hukuman 1 tahun penjara ke atas bekas Penasihat Agama Lim Guan Eng itu masih boleh dianggap ringan berbanding pelbagai ungkapan penghinaan yang dilemparkan oleh Wan Ji melalui status facebook beliau.

4. Sekiranya Malaysia mengamalkan undang-undang Lese-Majeste seperti di Thailand, tindakan-tindakan penghinaan seperti ini akan dihukum dengan berat oleh pemerintah. Di Thailand umpamanya seorang peguam terkenal Prawet Prapanukul dijatuhkan hukuman penjara 150 tahun kerana menghina Raja. Malah mengikut laporan Kumpulan Peguam Thailand untuk Hak Asasi Manusia, sehingga 2017 sekurang-kurangnya 93 kes menghina raja membabitkan 138 individu didapati bersalah sejak tentera merampas kuasa. Apa sangat 1 tahun penjara jika dibandingkan apa yang berlaku di negara jiran Thailand!

5. Pemuda UMNO juga tertanya-tanya (i) Di mana suara parti-parti Melayu seperti PPBM dan PAN dalam Pakatan Harapan?(ii) Apakah pendirian sebenar PH apabila komponen mereka pertahankan pesalah jenayah yang jelas menghina institusi Raja? (iii) Apakah rakyat Malaysia masih boleh menyandarkan harapan kepada PH untuk memelihara dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan?


Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Sumber: https://www.facebook.com/116331768396879/posts/2766851030011593
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget