NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pulihkan Prestasi Malaysia Airlines Bhd (MAB) 


oleh: TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN 
7 Zulkaedah 1440 | 10 Julai 2019

Ekoran ucapan YAB Perdana Menteri mengenai prestasi syarikat Malaysia Airlines Bhd (MAB) pagi tadi, saya menyeru pihak Kerajaan Malaysia menerusi Khazanah Nasional Bhd berusaha sebaik mungkin memulihkan prestasi syarikat penerbangan negara dengan mengambil kira semua pandangan tanpa menutup atau menjual pegangan majoriti atau sepenuhnya kepada pihak lain terutamanya syarikat asing.

Saya juga bersetuju syarat pemulihan syarikat penerbangan Malaysia Airlines harus mengekalkan identiti negara dan tidak memberhentikan semua stafnya. MAB adalah aset strategik negara di bawah Khazanah Nasional Bhd. Berdasarkan polisi pelaburan Khazanah, aset strategik harus dipertahankan untuk kepentingan negara berbanding aset komersial yang boleh distruktur semula bagi menepati objektif pelaburan yang telah ditetapkan.

Perubahan besar yang akan berlaku terhadap MAB mestilah juga mendapat pendapat awam samada dibuat secara terbuka atau menerusi Parlimen. Kerajaan juga digesa untuk menilai lebih teliti pelan pemulihan yang pernah dibentangkan dalam Khazanah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14. Kerajaan perlu beri peluang supaya pelan tersebut berjalan mengikut rancangan dan tempoh masa yang asal.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN  ialah Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)  

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo