Politik Ugut Kembali Subur:Beginikah Wajah Sebenar Malaysia Baharu?


Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Saya terbaca satu kenyataan Datuk A. Kadir Jasin yang menyelar tulisan seorang pensyarah UKM Abdul Muein Abadi kerana mengkritik kerajaan DAP dan PH. Malah A. Kadir Jasin meminta supaya UKM dan Kementerian Pendidikan memantau penulisan Abdul Muein yang beliau sifatkan sebagai fitnah.

2. Tulisan Sdr. Abdul Muein Abadi sebagai Pensyarah Sains Politik di UKM yang berjudul “400 Hari Pakatan Jual Lebih RM20 Bilion Aset Negara” adalah sarat dengan fakta dan hujah.

3. A. Kadir Jasin selaku Penasihat Media Perdana Menteri tidak selayaknya menjawab dengan nada dan maksud untuk menghalang seorang ahli akademik melontarkan pandangan dan kritikan berfakta meskipun terhadap kerajaan.

4. Sebaliknya pandangan itu hendaklah dinilai dan dikaji setiap penghujjahannya demi kebaikan rakyat dan negara.

5. Kerana saya percaya, gerakan perubahan yang dilaungkan selama ini, termasuklah oleh Pakatan Harapan sendiri adalah bermaksud untuk mewujudkan satu suasana dimana ahli-ahli akademik khasnya boleh memberi pandangan berasaskan fakta dan hujah yang baik demi kebaikan negara.

6. Kecualilah segala slogan perubahan, transformasi, reform dan sebagainya itu hanyalah sekadar satu sandiwara politik untuk mempersenda mentaliti rakyat.

7. Sikap dan pendekatan yang diambil oleh A. Kadir Jasin bukan sahaja tidak demokratik tetapi memperlihatkan satu tindakan yang bersifat patah balik ke belakang. Mundur dan tidak bertamadun.

8. Sikap sebegini tidak akan menjadikan kerajaan DAP dan PH hari ini lebih baik dari yang sebelum, malah lebih parah dan punah.

9. Ekoran dari kenyataan A. Kadir Jasin itu juga, diakui oleh Sdr Abdul Muein Abadi bahawa terdapat pihak yang sudah mula memberi tekanan kepada beliau. Tentunya ia bukan satu budaya yang murni bagi menyuburkan peradaban negara.

10. Selayaknya kerajaan DAP dan PH dinasihati oleh orang seperti A. Kadir Jasin supaya segera menjawab secara tuntas dengan mengemukakan hujah dan fakta balas terhadap tulisan Sdr. Abdul Muein Abadi.

11. Demikianlah, jika tulisan Sdr. Abdul Muein Abadi itu benar, maka kerajaan DAP dan PH mesti mengambil tanggungjawab yang wajar atau rakyat membetulkan pilihan mereka pada pilihanraya akan datang dengan membina masa depan negara bersama kerajaan baharu yang meletakkan Islam dan kebertanggungjawaban tinggi terhadap rakyat dan negara.


Katakan Tidak Pada DAP dan PH

Sekian.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget