NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Politik ‘Hawa Nafsu’ PH Tiada Keberkatan


Oleh : Adli Mohamad

HULU TERENGGANU – Politik ‘hawa nafsu’ yang diamalkan oleh Pakatan Harapan (PH) adalah mengikut hawa nafsu, tidak ada halal haram haram dan dosa serta pahala.

Oleh itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, walaupun Pakatan mereka menang didalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, namun tiada keberkatan dalam pentadbiran kerajaannya.

Sebaliknya jelas beliau, budaya PH penuh dengan fitnah akhirnya memakan diri mereka sendiri.

“Berbalah sesama sendiri, hari ini kita melihat kerajaan PH adalah kerajaan yang tidak ada hala tuju, masing-masing parti didalam PH mempunyai hala tuju masing-masing.

“Hala tuju (berbeza sudut) politik, ekonomi, dan juga hala-hala tuju yang lain walaupun duduk didalam satu kapal, tetapi didalam kepala masing-masing berlainan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Pasca Sidang DUN Terengganu, di Dewan Sivik Ajil, Kampung Bukit Perah, Rabu 17 Julai (semalam).

Menurutnya, PKR tiada berkesudahan memikirkan tentang keinginan parti itu merebut jawatan Perdana Menteri sehinggakan lupa terhadap masalah rakyat.

“Hala tuju politik DAP pula ialah ‘Malaysian Malaysia’, hendak menjadikan Negara Malaysia ini bebas (tanpa batasan).

“(Memastikan) tiada hak istimewa untuk Islam, Melayu, Bumiputera, semua ada hak yang sama. Ini perjuagan DAP semenjak dahulu,” tambahnya.

Oleh sebab itu, kata beliau, rakyat menentang ICERD kerana terdapat unsur-unsur yang akan merungkai asas yang ada didalam perlembagaan Negara Malaysia.

Manakala Parti Bersatu, ujarnya, tidak sama hala tujunya dengan parti-parti dalam PH yang lain, hanya menumpukan usaha untuk menyelamatkan legasi dan Perdana Menteri yang ada pada hari ini.

“PAN pula hala tuju politik dia (ialah) DAP, ikut benda yang DAP suruh. PAN ini macam terompoh yang digunakan untuk ke jamban. PAN ini adalah telunjuk DAP,” katnya lagi

Oleh kerana itulah menurutnya, hala tuju eknonomi didalam negara telah bercelaru dan tidak dapat menunaikan janji-janji manifesto mereka.

Sumber: https://buletinonline.net/v7/index.php/politik-hawa-nafsu-ph-tiada-keberkatan/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo