Perarakan lgbt: Kerajaan sengaja 'bebaskan'?


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pembangkang bimbang dengan jawapan bertulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin bertarikh 16 Julai mengenai kes penganjuran Himpunan Hari Wanita pada 9 Mac lalu diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut".

Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, himpunan tersebut jelas bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Malaysia iaitu kesopanan dan kesusilaan dan Enakmen Jenayah Syariah Sesyen 25, 26 dan 28 kesalahan Jenayah Wilayah-wilayah Persekutuan.

"Sesyen 25 dan 26 adalah kesalahan liwat dan lesbian manakala Sesyen 28 memperuntukan mana-mana lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di tempat awam atas tujuan tidak bermoral adalah menjadi suatu kesalahan.

"Begitu juga Sesyen 377A dan 377B kanun keseksaan memperuntukan bahawa perlakuan amalan seks luar tabii adalah satu kesalahan," kata Siti Zailah.

Hanipa menjawab soalan Siti Zailah berhubung penganjuran Himpunan Hari Wanita 9 Mac itu telah diklasifikasikan tiada tindakan lanjut dan siasatan dihentikan.

Sedangkan pertikaian yang diutarakan ialah perarakan tersebut melibatkan kelompok LGBT yang jelas bercanggah dengan Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Selain Zailah, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Che Abdullah Mat Nawi berkata, jawapan diberikan itu sebagai mengiktiraf golongan lelaki berpakaian seperti wanita di mana sepatutnya tidak berlaku di negara ini yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ahli Parlimen Padang Terap, Dato' Seri Mahdzir Khalid pula berpendapat, jawapan Hanipa mempamerkan pandangan Liberal terlampau cuba disampaikan kepada masyarakat walaupun ada akta sedia ada untuk mencegah kelakuan tidak bermoral itu.

"Saya berpendapat bahawa kes ini ada anjuran atau perkara-perkara yang nak bawa kepada liberal yang terlampau Liberal. Jadi kalau dalam pemikiran kita daripada PAS dan Umno, kita lebih kepada konservatif.



"Mereka nak anjurkan supaya masyarakat di luar sana lebih atau terlalu liberal sampaikan perkara yang sudah ada dalam enakmen jenayah kanun syariah Wilayah Persekutuan yang tidak boleh dilakukan.

"Datang jawapan (bertulis) itu boleh dilakukan ini (seolah) pada saya suatu yang sangat meragukan apa yang dianjurkan atau apa pun keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Sik, Ustqz Ahmad Tarmizi Sulaiman menggesa kerajaan bertanggungjawab terhadap jawapan yang diberikan.

"Jawapan yang memberi kesan buruk kepada perlakukan yang sangat tidak bermoral yang masyarakat Malaysia tolak dan jawapan ini saya nampak dia nak mempromosikan gerakan liberal di Malaysia.

"Himpunan yang dibuat pada 9 Mac lalu juga telah ditanya kepada Menteri Dalam Negeri maknanya ada pihak penganjur yang telah memberi maklumat palsu kepada pihak polis ketika mereka menganjurkan himpunan hari wanita itu.

"Itu satu kes ya, mereka kata nak buat himpunan Hari Wanita Sedunia pada 9 Mac tapi rupanya himpunan promosi LGBT. Jadi ini satu perlanggaran kepada Akta Himpunan Aman yang diluluskan baru ini," kata Ahmad Tarmizi. - HARAKAHDAILY 18/7/2019
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget