NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penggunaan Data Analitik Untuk Kekang Masalah Enggan Bayar Cukai (Tax Defaulters)


oleh: YB Awang Solahudin Hashim 

Saya berkesempatan bertanya satu soalan tambahan hari ini (8 Julai 2019) mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela (Voluntary Disclosure Program) kepada YB Menteri Kewangan. Program khas ini harus dilakukan secara efektif supaya ketirisan cukai dapat dibendung dan pelaporan pendapatan individu dapat dilaporkan secara tepat, munasabah dan amanah.

Saya juga mahu supaya pihak Kementerian Kewangan dapat mengoptimumkan sepenuhnya penggunaan sistem ‘big data analytics’ dan sistem ‘Automatic Exchange of Information’ (AEOI) yang diinisiatifkan oleh Organisation for Economic Cooperation (OECD) dalam mengakses maklumat kewangan individu dan syarikat. Sistem ini harus berfungsi dengan cekap bagi mengimbangi Program Khas Pengakuan Sukarela.

Paling penting sejauhmana sistem ini berupaya untuk mengesan pihak-pihak yang enggan membayar cukai terutama yang berselindung disebalik aktiviti ‘black economy’ yang berkemungkinan besar boleh berlaku dalam regim percukaian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Sekian. Terima kasih.


YB Awang Solahudin Hashim ialah Ahli Parlimen Malaysia Pendang

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo