Penganalisis jangka setiausaha agung SUPP ganti presiden PSB dalam Kabinet Sarawak


KUCHING: Seorang penganalisis politik melihat kemungkinan besar Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Sebastian Ting menggantikan Wong Soon Koh sebaik sahaja ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bawan Assan itu mengosongkan kerusinya dalam Kabinet negeri.

Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berkata, Ting, yang juga Adun Piasau, merupakan calon terbaik kerana beliau adalah pemimpin kanan dalam SUPP.

"Saya percaya ketua menteri akan menimbangkan untuk mengisi kekosongan kerusi itu dengan wakil SUPP kerana Wong juga berasal dari parti itu."

Bagaimanapun katanya, Ting mungkin tidak dilantik sebagai menteri penuh.

"Beliau hanya akan dilantik sebagai timbalan menteri," kata Jeniri kepada FMT.

"Pada masa ini, saya tidak nampak mana-mana Adun SUPP yang layak untuk mengambil alih jawatan Wong sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan e-dagang Sarawak serta menteri kewangan ke-2. Ia perlu datang dari parti lain."

Wong, yang merupakan presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) mengumumkan peletakan jawatannya Isnin.

Ini berikutan peminggiran PSB daripada senarai lantikan baru ke pihak berkuasa kerajaan tempatan negeri itu yang diumumkan minggu lepas.

Wong dilaporkan akan menemui Abang Johari Openg dalam beberapa hari ini bagi membincangkan keputusan beliau.

Jeniri berkata, rombakan kecil Kabinet negeri mungkin dilakukan bagi mengisi kekosongan jawatan Wong sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan e-dagang dan menteri kewangan ke-2.

Katanya, beberapa orang timbalan menteri mungkin dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/19/penganalisis-jangka-setiausaha-agung-supp-ganti-presiden-psb-dalam-kabinet-sarawak/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget