NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pencemaran Udara Toksik: Warga Jakarta Saman Presiden Jokowi


JAKARTA – Warga Jakarta memfailkan saman semalam kerana kegagalan pemerintah menangani pencemaran udara toksik di ibu kota Indonesia.

Jakarta diselubungi jerebu hampir sepanjang bulan lalu, manakala bacaan kualiti udara merekodkan ketumpatan tinggi partikel halus bahaya dikenali sebagai PM2.5.

Bosan kerana pencemaran udara makin buruk, sekumpulan 32 penduduk Jakarta memfailkan saman terhadap Presiden Joko Widodo (Jokowi), Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, Kementerian Kesihatan serta Gabenor Jakarta.

Plaintif termasuk aktivis, pekerja pejabat dan pemandu teksi motosikal, mahu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu tersebut di samping memaksa pemerintah bertindak.

“Pemerintah meminggirkan hak rakyat untuk menghirup udara segar,” kata peguam Nelson Nikodemus Simamora kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut.

“Mereka gagal mengekalkan kualiti udara yang cukup sihat untuk 10 juta warga kota Jakarta,” tambahnya.

Kumpulan-kumpulan alam sekitar menyalahkan pencemaran udara itu terhadap asap kenderaan di Jakarta dan asap beberapa loji jana kuasa arang batu di pinggir kota raya tersebut. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo