NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda PAS Sedia Pimpin Kesepakatan Anak Muda Untuk Perjuang Isu



Pertemuan saya bersama YB Menteri Belia petang tadi memberi ruang kepada saya menyatakan pendirian Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkenaan usul umur kelayakan mengundi diturunkan kepada 18 tahun.

DPPM secara dasar bersetuju dengan usul dengan syarat ia disertakan juga usul pendaftaran secara automatik serta usul supaya kelayakan menjadi calon pilihan raya juga diturunkan kepada 18 tahun bagi memaksimakan partisipasi anak muda dalam proses demokrasi dan pembinaan negara.

Sehubungan dengan itu, DPPM mendokong penuh usaha ahli parlimen PAS bersama barisan pembangkang membawa usul pindaan Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pendaftaran secara automatik warganegara Malaysia cukup umur 18 tahun dan usul pindaan Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur kelayakan menjadi calon pilihan raya kepada 18 tahun.

Dalam konteks yang lebih besar, saya telah menyatakan kepada YB Menteri komitmen DPPM dalam memperkukuh kesepakatan anak muda agar suara anak muda diangkat lebih tinggi dan isu-isu berkaitan anak muda dapat diselesaikan secara tuntas. Untuk itu DPPM akan menggerakkan usaha-usaha berikut:

1. Penyatuan organisasi, badan-badan atau persatuan-persatuan anak muda tanpa mengira bangsa dan agama di atas satu platform bagi memperkasa suara anak muda dalam membawa isu anak muda.

2. Mengadakan pertemuan dan perbincangan berkala bersama Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha menyelesaikan isu anak muda.

3. Melebarkan dan memperkukuh kerjasama politik bersama rakan daripada Gagasan Sejahtera, pembangkang dan Armada bagi meningkat kesedaran politik anak muda.

Saya melihat masa hadapan yang lebih baik untuk anak muda Malaysia sekiranya semua pihak dapat membudayakan politik yang matang dan sejahtera sepertimana aspirasi yang dibaca oleh PAS melalui Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS).

Ayuh bersama memartabatkan suara anak muda.

"Demi Islam"

Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin
Ketua Pemuda PAS

--------------------------------------

PAS YOUTH PREPARES TO LEAD YOUTHS TO FIGHT FOR THEIR STRUGGLE

My meeting with MP Minister of Youth this afternoon provided with an opportunity for me to state PAS’s Youth stand on the proposal to decrease the aging votes to 18 years old.

PAS’s Youth principally agrees with the proposal with the condition that it includes proposal to automatic registeration, and to pose as candidates as young as 18 years to maximise youth’s participation in the democratic processes and the development of the nation.

PAS’s Youth agrees the efforts made by PAS parliamentary members and other non-governing leaders to bring the Amendment proposal of 119(1) of the Federal Constitution to enable automatic registration to all 18 years old Malaysian and the Amendment proposal of 47 of the Federal Constitution to decrease the age requirement to become an election candidate among 18 years old.

In a bigger context, I mentioned to the honourable Minister on PAS Youth’s commitment to strengthen the solidarity among youth so that their voices will be raised and issues concerning them will be solved promptly. PAS Youth will therefore carry out these initatives:

1. The combination of youth organisation, bodies or associations of different races and religions on a common platform to strengthen youth’s voice to bring forth issues related to them

2. To meet and discuss periodically with the Ministry of Youth and Sports in an effort to solve youth’s problems

3. Widen and strengthen political cooperation with colleagues in Gagasan Sejahtera, non-governing parties and Armada to raise political awareness among youths.

I foresee the future would be brighter for Malaysia’s youth if all parties could normalise mature and prosperous political norms as aspired by PAS through Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS).

Let’s raise the voice of the youth.

"For Islam"

Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin
PAS Youth Chief

#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan
#PemudaPAS
#PASYouth
#ForIslam
#IslamLeadsUnity

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo