NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NOW YOU CAN : Menimbulkan Kekeliruan Terhadap Masyarakat


oleh: MOHD NASIR ABD RAZAK
18 Julai 2019

ŁŠَٰٓŲ£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆٓŲ§ْ Ų„ِŁ†َّŁ…َŲ§ Ł±Ł„ۡŲ®َŁ…ۡŲ±ُ ŁˆَŁ±Ł„ۡŁ…َŁŠۡŲ³ِŲ±ُ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ£َŁ†ŲµَŲ§ŲØُ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ£َŲ²ۡŁ„َٰŁ…ُ Ų±ِŲ¬ۡŲ³ٞ Ł…ِّŁ†ۡ Ų¹َŁ…َŁ„ِ Ł±Ł„Ų“َّŁŠۡŲ·َٰŁ†ِ ŁَŁ±Ų¬ۡŲŖَŁ†ِŲØُŁˆŁ‡ُ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ۡ ŲŖُŁۡŁ„ِŲ­ُŁˆŁ†َ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

-Surah Al-Ma'idah, Ayah 90

Beberapa hari yang lepas, negara dihebohkan dengan pengeluaran produk Heineken 0.0 tanpa alkohol, walaupun pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan bahawa produk tersebut hanya untuk orang bukan Islam berusia 21 tahun ke atas.

Namun, isu ini sangat membimbangkan kerana ianya dilihat sebagai usaha normalisasi arak terutamanya dalam kalangan bukan Islam.

Bahkan dengan tagline “Now You Can” itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Paling menyedihkan lagi, arak tanpa alkohol ini telah diiklan tanpa segan silu dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mengecam tindakan yang mengelirukan ini. Oleh itu, kami mendesak pihak berkuasa untuk mengambil langkah tegas bagi membendung usaha promosi normalisasi arak dengan menyemak semula garis panduan pengiklanan dan penjualan arak dengan lebih ketat dan tegas lagi.

Penjualan arak sama ada yang beralkohol ataupun arak tanpa alkohol kepada orang Islam atau orang bukan Islam dibawah umur seharusnya diberikan tindakan yang berat. Tiada kompromi kepada mereka yang melanggar peraturan ini.

Pihak kami menyeru rakyat Malaysia terutamanya umat Islam untuk merujuk kepada JAKIM atau pihak berkenaan bagi mengenalpasti produk-produk yang menimbulkan kekeliruan.

MOHD NASIR ABD RAZAK ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

18 Julai 2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo