NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MP Kuala Nerus desak Menteri Mohon maaf, letak jawatan


oleh: DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

1. Kenyataan Dr. Mujahid Yusof yang menganggap concentation camp yang sebenarnya bertujuan bagi menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan minoriti sebagai ‘pusat latihan’ dan menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai 'berita palsu dari China’ adalah amat mendukacitakan kerana memperlihatkan sokongan beliau kepada dasar penindasan umat Islam di Xinjiang.

2. Saya merasakan beliau sama ada tidak meneliti berita sebenar mengenai nasib umat Islam Uighur sedangkan banyak penulisan mengenai perkara itu diterbitkan termasuk dalam jurnal akademik atau beliau hanya menyuarakan pendirian rasmi Kerajaan Malaysia mengenai perkara ini sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang Menteri. [ Beberapa liputan antarabangsa mengenai Uighur saya senaraikan di bawah ]

3. Amat tidak patut sekali beliau menunjukkan sokongan kepada China dalam isu yang sedang mendapat perhatian oleh pelbagai negara serta agensi dan pertubuhan sehingga ke peringkat antarabangsa yang sedang berusaha memberikan tekanan kepada China bagi menamatkan krisis kemanusiaan di negara itu.

4. Saya menggesa Wisma Putra segera menjelaskan sama ada kenyataan Dr. Mujahid Yusof itu adalah mewakili pendirian dan dasar rasmi Kerajaan dalam hubungan antarabangsa atau ia hanyalah kenyataan peribadi beliau.

5. Jika ia adalah kenyataan peribadi beliau, maka amat wajar Kabinet mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Menteri itu dan beliau mesti segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia atau meletakkan jawatan.

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Beberapa liputan berita antarabangsa mengenai kem tahan di Xianjiang :

1. https://time.com/5526022/turkey-china-concentration-camps-uighurs/

2. https://www.theguardian.com/world/2019/jan/11/if-you-enter-a-camp-you-never-come-out-inside-chinas-war-on-islam

3. https://www.newstatesman.com/world/asia/2019/03/china-s-uyghur-detention-camps-may-be-largest-mass-incarceration-holocaust

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2612798155396865&id=569086473101387

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo