MB Dahului Senarai Terima Darjah Kebesaran, Pingat Terengganu



KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului senarai 45 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Istiadat Pengurniaan Gelaran Dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu 2019, hari ini.

Beliau menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) membawa gelaran Dato’ Seri, pada istiadat pengurniaan yang diadakan di Istana Syarqiyyah, Chendering.

Seramai sembilan orang pula menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Dato’, mengetuai penerima gelaran ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd. Zahari Md. Azahar serta Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Zainal Abidin Hussin.

Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SMZ), dianugerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi bin Haji Arshad, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Ahmad Azmi Md Salleh, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A Bakar, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Besut, Rozali Salleh.


Manakala, Darjah Setia Mahkota Terengganu (SMT) pula dianugerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta tiga penerima lagi.

Selain itu, seramai tujuh orang menerima Darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (AMZ) yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azmin Ibrahim, 12 orang menerima Darjah Ahli Mahkota Terengganu (AMT).


Sumber: https://www.teganukita.net/2019/07/mb-dahului-senarai-terima-darjah.html
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget