Mangsa Positif Myokymia:Kerajaan Harus Bertanggungjawab


oleh: TUAN CHE ALIAS BIN HAMID

1. Saya melahirkan rasa simpati nasib yang menimpa adik Irfan Wafiy yang disahkan positif Myokymia akibat terdedah dengan pencemaran kimia dari Sungai Kim Kim pada Mac lalu.

2. Amat dukacita, kesihatannya bertambah teruk selepas terhidu gas beracun yang menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi.

3. Persoalannya, sejauh mana Kerajaan dan pihak berwajib bertindak dengan serius isu pencemaran ini yang dilihat mengancam nyawa penduduk sekitar Pasir Gudang?

4. Saya dimaklumkan setakat ini belum ada mana-mana pihak yang tampil memberi bantuan yang sewajarnya kepada adik Irfan melainkan Jabatan Kesihatan sahaja.

5. Saya menggesa kes adik Irfan perlu diberi perhatian yang adil selain Kerajaan terus konsisten dalam menguruskan masalah pencemaran ini yang semakin kritikal agar tidak terus mengambil masa yang terlalu lama.

6. Saya berharap Kerajaan dapat memberi pelbagai bantuan kepada adik Irfan dengan segera terutamanya dari segi kaunseling dan sokongan bagi memulihkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan memandang dia merupakan murid yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

7. Saya menyarankan agar Kerajaan membuat susulan pemeriksaan kesihatan semua murid sekolah yang terjejas dengan pencemaran udara di Pasir Gudang secara mega termasuk guru dan kakitangan sekolah serta orang awam.

8. Selain itu, Kerajaan juga perlu memastikan mana-mana pesakit termasuk murid sekolah dan orang awam di kawasan Pasir Gudang yang menghadapi penyakit kronik seperti penyakit saraf, jantung,asma dan lain-lain penyakit segera dipindahkan di zon rawatan di luar kawasan Pasir Gudang dan penjagaan yang lebih rapi sehingga kawasan ini betul-betul selamat dan bebas daripada sebarang gas beracun yang didakwa iaitu gas acrylonitrile, xylene, metana dan toluene yang boleh mengakibatkan mangsa berasa sakit kepala, loya, pengsan dan kesukaran bernafas.

9. Justeru, rakyat akan menilai setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan memandangkan pencemaran ini merupakan pencemaran kali kedua berlaku dan dikatakan seperti gelombang ketiga setelah gelombang kedua berlaku pada 20 Jun.

10. Adakah sehingga ada nyawa yang diragut baru pihak Kerajaan ingin membuka mata? Oleh itu, nyawa rakyat jangan dipolitikkan.


Islam Memimpin

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID ialah Ahli Parlimen Kemaman
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget