Kementerian Pendidikan Perlu Dibebaskan Dari Beban Politik: Isu UEC Isu Politik

oleh: Dr Halimah Ali 
4 Julai 2019

1. Isu pokok
Laungan reformasi dan Malaysia baharu sepatutnya membebaskan kementerian pendidikan daripada cengkaman politikus yang berkepentingan.
Pengiktirafan UEC ke IPTA di jadikan isu pertaruhan untuk mendapat sokongan pengundi Tionghua oleh PH pada pru14.
Maka apabila PH berkuasa, mereka dituntut oleh pihak Dong Zhong untuk melaksanakan janji mereka. Ini bukti jelas isu UEC adalah isu politik!Ini poin fundamental isu UEC.

Inilah padahnya apabila negara tidak mempunyai sistem pendidikan yang neutral dan bebas dari kuasa pemerintah. Segala dasar, polisi bahkan kerangka peraturan boleh berubah dengan pertukaran menteri atau parti politik. Masing masing mahu melakar sejarah dan nama sendiri.
Yang menjadi mangsa warga pendidik dan pelajar. Bahkan lebih besar dan jauh natijahnya. Lahirlah rakyat yang cacamerba kerana gagal dibangunkan dengan sistem pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan berkesan.

2. Isu tersasar
Apabila ada pihak yang membangkang UEC, ada pejuang UEC memanipulasikan bangkangan itu sebagai tanda rasis', tidak hormat hak minoriti dan terus menghukum sistem pendidikan sedia ada sebagai sistem gagal total.

Sebenarnya hanya segelintir kaum Tionghua yang menghantar anak ke sistem pendidikan swasta Sekolah Menengah Persendirian Cina dan mengambil Peperiksaan UEC.
Gambarannya seolah olah majoriti anak Tionghua mengambil UEC. Tidak benar!

3. Kalau sistem pendidikan sedia ada pincang: biar pakar perbetulkan! Mengiktiraf UEC bukan solusinya!!

PAS memperjuangkan kerajaan teknokrat yang mahu memposisikan golongan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan pengalaman sebagai golongan yang mahir justeru layak menerajui dan mencorak sistem pendidikan negara. Kelompok cendiakawan pendidikan yang memahami keperluan dan realiti semasa perlu diberikan mandat merancang dan mengolah sistem pendidikan negara serta melaksanakan pelan tindakan dengan efektif dan efisyen bagi menjayakan modal insan diidamkan dan diakui piawaian pencapaiannya oleh semua pihak.
Berikan mereka mandat sepenuhnya.Pastikan cukup peruntukan. Politikus Jangan ganggu mereka!

4. Tidak berprinsip dan tidak adil

Ramai peserta perbincangan 'townhall' yang dianjurkan Pasukan Khas di bawah Kementerian Pendidikan menolak pengiktirafan UEC untuk IPTA kerana ia tidak adil kepada sekolah lain seperti sekolah agama dll yang patuh dan mengambil sistem peperiksaan awam yang disediakan oleh kementerian Pendidikan.

Saya mewakili PAS menyatakan sekiranya kementerian menerima UEC ini yang bersifat elit, eksklusif, 'non conforming' maka ia satu tindakan tidak berprinsip dan tidak tepat!
PAS tidak ada masalah dengan kepelbagaian bahasa, budaya bahkan agama. Yang kita tentang ialah UEC mahu hak eksklusif diterima ke dalam IPTA tanpa mengikut dan menerima pakai sistem peperiksaan yang diguna oleh semua pihak lain termasuk majoriti pelajar Tionghua di Sekolah menengah kerajaan. Tidak adil!!
Rujuk semula perlembagaan Malaysia dan perundangan negara.

Dr Halimah Ali ialah AJK PAS Pusat

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget