Jangan Guna Mimbar Khutbah 'Cederakan' Sesama Muslim

1. Khutbah pendakwah terkenal, Dato' Dr Danial Zainal Abidin menempelak usaha sesama Muslim mempertahankan kepentingan Islam jelas melulu, gopoh, tidak 'tabayyun' dan memihak. Paling kesal, umat diberi amaran dari petikan khutbah yang viral videonya itu dengan huraian ayat 6 surah al-Hujurat.

2. Sekali gus, tindakan pihak tersebut, yang juga disebutnya 'ustaz-ustaz' telah membawa berita 'palsu' dan dikaitkan dengan kefasikan. Apakah selembut lidah menuturkan, maka Dr Danial menggunakan pentas khutbah tersebut melontarkan tuduhan tanpa usul periksa dan berdiskusi?



3. Kami sangat percaya, perkara disebut dalam khutbah itu merujuk kepada isu tanah wakaf Masjid Sungai Nibong Besar. Malang sekali, pentas khutbah dan hari Jumaat yang menjadi medan mulia umat Islam itu telah sewenang-wenangnya dirobek oleh ungkapan disampaikan Dr Danial.

4. Apakah Dr Danial benar-benar melihat dan mengikuti sendiri kronologi kejadian? Apakah penduduk Muslim dan ahli kariah masjid itu terlalu naif dan emosi untuk membantah tidak tentu pasal? Mereka ini pula yang Dr Danial letakkan di 'kandang pesalah' dan ada pihak lain seolah 'dimenangkan'.





5. Sedarkan Dr Danial, sebuah masjid telah dirobohkan sebagai persetujuan bagi pembangunan antaranya melibatkan jajaran Aliran Transit Ringan (LRT) Bayan Lepas. Tiba-tiba, selepas itu pihak kerajaan dan pemaju memiliki pelan berbeza dari yang telah dipersetujui pada Oktober 2017.

6. Jajaran asal di belakang masjid telah berubah baru-baru ini melalui hadapan masjid pula yang juga bakal mengenai tanah kubur dan menganjakkan tapak asal masjid. Ia muncul bersama pengakuan pihak kerajaan bahawa tanah kubur telah melebihi 6 kaki mengambil rizab jalan.

7. Sedarkah Dr Danial, ini bermakna nasib sekitar 1200 kubur berada dalam ketidakpastian? Malah diragukan apabila kerja-kerja pembinaan masjid juga terhenti ketika ini. Mengapa Dr tidak sekurang-kurangnya melakukan perbandingan terhadap sikap mengkhianati janji oleh pihak tersebut?

8. Setidak-tidaknya juga memihak kepada kepentingan umat Islam secara umum. Hanya kerana pihak itu berkuasa dan memiliki limpahan kekayaan, maka mereka diterima sebagai 'betul dan benar'? Jika demikian dangkal, maka wajarlah maruah umat ini sedang dicabul dan dipermainkan.

9. Kami menyeru supaya Dr Danial hadir ber'halaqah' bersama penduduk dan jawatankuasa kariah melihat sendiri keseluruhan fakta dan keterangan yang ada. Setelah itu wajarlah Dr untuk melabel siapa sebenarnya pembawa berita palsu dan fasik yang dikecam hina Allah di dalam al-Quran.

Ahmad Bin Md Dali ialah Setiausaha Masjid Jamek Sungai Nibong Besar Pulau Pinang

#KhutbahJumaat #QaryahMasjid
#SungaiNibong #Penang #PulauPinang
#UmatIslam #UmatIslamBangkit #HakMuslim
#MasjidSungaiNibongBesar #LRT
#BeritaPalsu #Fasik #Dicabul #Dirobek

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget