Isu Ekstradisi Dr Zakir Naik Serlah ‘Kecerdikan’ Dap

oleh: Dr Kamarul

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh, hari ini, 15 Julai 2019, menanyakan soalan di Parlimen meminta Menteri Dalam Negeri “menyatakan sama ada Kerajaan Malaysia akan mengekstradisi Dr Zakir Naik berikutan permohonan rasmi oleh Kerajaan India bagi ektradisi tersebut seperti yang dinyatakan oleh Kerajaan India pada 12 Jun 2019 dan sekiranya tidak, apakah alasan-alasannya.”

Walhalnya, sewaktu menjawab soalan Ahli Parlimen Kubang Kerian dari PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pada 9 Julai 2019, Menteri Dalam Negeri telah menyatakan:

Terdapat peruntukan dalam Triti Ekstradisi antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik India dan Akta Ekstradisi 1992 (Akta 479) yang memperuntukkan Restrictions on return of fugitive criminals termasuk kesalahan yang pemulangannya bersifat politik, tujuan membicarakan, menghukum berdasarkan kesalahan bersifat politik atau dia mungkin terjejas dalam perbicaraannya atau dihukum oleh sebab rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya bagi maksud mendakwa atau menghukum.

Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan, Malaysia berhak mempertimbangkan untuk tidak memenuhi permintaan ekstradisi tersebut adalah yang bersifat politik seperti dinyatakan Artikel 6 Perenggan (1)(a) Artikel 6 Triti Ekstradisi tanpa menyatakan keperluan sebab penolakan permintaan ekstradisi tersebut. Selain itu, terdapat peruntukan untuk tidak meneruskan proses ekstradisi dengan mengambil kira segala hal keadaan demi kepentingan keadilan jika orang yang dikehendaki tersebut tidak akan mendapat keadilan jika dihantar pulang atau terdapat suatu penindasan atau ancaman nyawa terhadapnya.

Di samping itu, Kementerian juga membuat semakan pada senarai red notice Interpol dan dan mendapati nama Zakir Naik tidak tersenarai sebagai orang yang dikehendaki. Semakan pada senarai entiti pengganas dalam senarai United Nation Security Council Resolutions (UNSCR) juga mendapati nama beliau tidak tersenarai orang yang disyaki.
Tidak tahulah pula kalau jawapan Menteri Dalam Negeri kepada soalan sama oleh Ahli Parlimen PAS akan berbeza dari jawapan beliau kepada soalan Ahli Parlimen DAP 😂
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget