NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

INSIDEN PASIR GUDANG RAGUT NYAWA - MENTERI HARUS LETAK JAWATAN?

0

INSIDEN PASIR GUDANG RAGUT NYAWA - MENTERI HARUS LETAK JAWATAN?

.
Mangsa pertama meninggal dunia dipercayai ada kaitan pencemaran Pasir Gudang
Fareez Azman, Astro Awani |  Diterbitkan pada Julai 07, 2019 17:38 +08
Mangsa pertama meninggal dunia dipercayai ada kaitan pencemaran Pasir Gudang
Mangsa meninggal dunia Sabtu lalu dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam darah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI). - Imej dari Facebook/Bernama News Channel
KUALA LUMPUR: Seorang penduduk Pasir Gudang meninggal dunia akibat sesak nafas dipercayai ada kaitan dengan pencemaran di daerah itu.

Memetik laporan Bernama News Channel (BNC), mangsa Marini Kasman, 38 tahun, dari Taman Cahaya Masai yang juga peniaga minuman meninggal dunia Sabtu lalu dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam darah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Sementara itu, suami mangsa Abu Bakar Abd Rahman menjelaskan, Allahyarham diserang asma sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun pada Jumaat malam lalu, serangan asma lebih teruk menyerang mangsa.

"Dia (mangsa) mengalami sesak nafas sejak dua hari lalu. Memang dah kena dah, dia ada pakai topeng muka pun kena juga. Macam mana nak dikatakan selamat udara ni, macam mana dikatakan selamat?"

"Dia (mangsa) kena dengan begitu dasyat,saya merayu kepada pihak berkenaan saya minta tolong jangan lagi jadi macam ini. Ini isteri saya, lepas ni saya tidak tahu siapa lagi akan kena," jelasnya kepada BNC pada Sabtu.

Astro AWANI kini sedang cuba mendapatkan pengesahan daripada pihak berkaitan mengenai punca kematian mangsa.
.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mangsa-pertama-meninggal-dunia-dipercayai-ada-kaitan-pencemaran-pasir-gudang-212045
.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo