Hanipa Tidak Faham Perlembagaan Persekutuan



1. PERKASA merujuk kepada laporan Malaysiakini.com bertajuk “Perarakan libatkan LGBT tak bercanggah perlembagaan – Hanipa” yang diterbitkan pada 17 Jul 2019 (https://www.malaysiakini.com/news/484173). Laporan itu memetik kata-kata Mohamed Hanipa Maidin, Timbalan Menteri Undang-undang bahawa Perarakan Hari Wanita Antarabangsa pada 9 Mac 2019 yang disertai aktivis lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

2. PERKASA berasa sungguh kesal kerana pernyataan sedemikian menggambarkan bahawa negara kita menerima dan mengiktiraf golongan LGBT sedangkan nilai nilai LGBT bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan.

3. Sungguhpun Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan subseksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 merujuk kepada semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata tetapi ia perlu ditafsirkan dalam konteks atas tujuan apa perhimpunan tersebut. Katakanlah dianjurkan perhimpunan atas tujuan menyokong perjuangan komunisme, adakah ia dibenarkan? Semestinya tidak! Oleh kerana komunisme dan LGBT juga bertentangan dengan ajaran Islam, maka perhimpunan LGBT sepatutnya juga tidak dibenarkan. Kerajaan sepatutnya mendidik masyarakat untuk menolak amalan songsang golongan LGBT kerana dikhuatiri Allah SWT. akan menurunkan balanya kepada kita semua. Kerajaan perlu beriltizam menolak sebarang bentuk amalan songsang termasuk LGBT kerana ia bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

4. Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pengamal dan pendokong LGBT kerana jika tiada tindakan tegas dilaksanakan, maka puak LGBT akan mendakwa amalan mereka direstui oleh pemerintah dan mereka akan mempromosi segala amalan songsang mereka itu kepada masyarakat. Gejala LGBT ini sekiranya tidak dikawal, ianya akan berterusan menular ke dalam nadi masyarakat dan kemerbahayaan perkara ini harus dipandang serius oleh semua pihak. Apakah kita mahu anak, cucu dan cicit kita juga dipengaruhi oleh puak-puak LGBT ini?

5. Dakwaan Hanipa bahawa “Sekiranya pun benar dakwaan YB bahawa apa yang dilakukan bercanggah dengan Islam, pihak Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah mana-mana undang-undang yang sedia ada untuk mendakwa apa-apa perbuatan yang dikatakan bercanggah dengan Islam,” adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal. Sebenarnya terdapat peruntukan undang-undang yang dapat mengekang perhimpunan LGBT tersebut, iaitu berkelakuan tidak senonoh atau berkelakuan seperti sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam atau norma-norma nilai masyarakat ketimuran.

6. PERKASA tidak mahu puak puak LGBT mengambil kesempatan dan bersifat oportunis terhadap kebebasan bersuara, berucap dan berhimpun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

7. PERKASA sekali lagi menyeru kerajaan agar mengambil sikap berhati hati dan berwaspada dengan pergerakan dan perjuangan yang melibatkan LGBT yang bercanggah dengan Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur atau bila sudah terantuk baru mengadah. Ketika itu, semua sudah tiada berguna lagi.

DR. AMINI AMIR ABDULLAH
NAIB PRESIDEN PERKASA MERANGKAP
PENGERUSI BIRO HAL EHWAL ISLAM (BIHALIM)
DAN AHLI DEWAN TERTINGGI (ADT)
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
19 Julai 2019
06.15HRS
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget