Hamidah sokong PAS, Parlimen perlu dibubarkan


IPOH - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyokong saranan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar Parlimen dibubarkan bagi menstabilkan keadaan politik negara.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, perkara itu wajar dilaksanakan memandangkan suasana politik dalam parti kerajaan semakin tidak menentu.

Menurutnya, fokus pemimpin dalam kerajaan kini dilihat tertumpu ke arah perebutan jawatan sesama sendiri dan bersengketa berbanding memikirkan masalah yang dihadapi negara.

"Saya lihat saranan itu perlu dipertimbangkan kerana rakyat melihat tumpuan kerajaan kini lebih terarah kepada parti politik masing-masing yang kini sibuk bergaduh dan berebut kuasa.

"Rakyat dah penat sebenarnya melihat perilaku pemimpin seperti ini kerana kuasa yang diberikan pada PRU14 lalu diharap mampu membawa rakyat ke arah kehidupan lebih baik tetapi sebaliknya pula berlaku," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam, Tuan Ibrahim dalam kenyataannya menggesa kerajaan Persekutuan mengambil langkah membubarkan Parlimen dengan segera supaya kepimpinan baharu dapat menstabilkan kembali negara.

Hamidah berkata, ketidaktentuan politik yang berlaku dalam kerajaan menyebabkan pelabur lari dan bimbang untuk datang melabur di negara ini.

Menurutnya, mana-mana pelabur hanya akan memberikan komitmen jika keadaan politik sesebuah negara itu stabil dan boleh diyakini memberika keuntungan kepada mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata, pertelingkahan yang berlaku di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua bagi Pakatan Harapan (PH) gagal menjadi pendamai kepada kedua-dua mereka.

Menurutnya, bagi mengelak keadaan lebih buruk, Mahathir selaku perdana menteri perlu mempertimbangkan pembubaran Parlimen bagi menyelamatkan negara.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/38903/BERITA/Nasional/Hamidah-sokong-Pas-Parlimen-perlu-dibubarkan
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget