Gagal urus hidup 14 hari tanda sakit mental


KUALA LUMPUR: Kegagalan melakukan kegiatan seharian termasuk menguruskan kerja dan hal kehidupan dalam tempoh 14 hari adalah petanda awal kesihatan mental.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata persoalan dikaitkan dengan penyakit mental bukan hanya berkisar kepada keadaan kronik seperti psikosis, skizofrenia dan neurosis yang jelas diperkatakan dalam bidang perubatan.

Katanya, isu lebih mencabar ketika ini terarah kepada keperluan untuk merungkai masalah kesihatan mental yang dengan kata lain merangkumi kategori kemurungan, tekanan dan keresahan.

“Jika cabaran (kesihatan) mental ini tidak ditangani, ia pasti mengundang kesan terhadap kebolehan menjalankan kegiatan seharian.

“Apa yang dikatakan kemurungan itu mengikut takrifan kami ialah 14 hari jika tidak boleh menjalankan tugasan seharian.

“Jadi, cabaran sangat besar untuk masalah kesihatan mental ini ditangani pada skala nasional menerusi pelan tindakan khusus,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Hassan Bahrom (PH-Tampin) mengenai langkah mengurangkan penularan stigma masyarakat terhadap penyakit mental, memandangkan masalah itu bakal menjadi isu kesihatan kedua terbesar menjelang 2020 bagi rakyat Malaysia.

Menjawab soalan asal Hassan berhubung usaha menangani masalah kesihatan mental rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan, Dr Dzulkefly berkata, kempen kesedaran berskala nasional, ‘Let’s Talk Malaysia’ adalah inisiatif baharu kendalian kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Diadakan pada setiap Oktober, beliau berkata, ia bertujuan memupuk kesedaran rakyat mengenai kepentingan kesejahteraan kesihatan minda, selain membanteras stigma terhadap kesihatan mental.

“Sebuah Pelan Strategik Kesihatan Mental Nasional 2019-2025 yang merangkumkan peruntukan berkaitan akan dilancarkan September ini,” katanya.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget