NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dap terus menekan

oleh; Dr Kamarul

Melihat kepada corak soalan-soalan yang ditanya oleh Ahli-Ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat hari ini, kelihatan agak jelas DAP konsisten dalam menekan Perdana Menteri:

Soalan 38: Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan jawatan utama perkhidmatan awam yang telah dilantik terus oleh Perdana Menteri sejak Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir tanpa merujuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melantik Jawatan Utama Perkhidmatan Awam dan bilakah Perdana Menteri merancang untuk menyerahkan tugas lantikan kepada jawatankuasa tersebut.

Soalan 78: Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil dan/atau dicadangkan untuk memperkasakan dan meletakkan SPRM, SPR dan SUHAKAM di bawah Parlimen dalam usaha menyeluruh penstrukturan semula Jabatan Perdana Menteri.

Begitu juga dengan usul persendirian yang dikemukakan oleh DAP untuk memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan seluruh negara yang terus tersenarai walaupun Perdana Menteri telah pernah menyatakan perkara ini tidak akan dilaksanakan:
Aturan 21: Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :- "memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

Sementara itu, antara soalan-soalan menarik lain hari ini ialah:

Soalan 2: Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan mengapa tragedi di Pasir Gudang berulang dan apakah pelan kontingensi Kementerian dalam memastikan tahap keselamatan penduduk sekitar dalam keadaan selamat.

Soalan 49: Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meningkatkan lagi bidang kuasa mahkamah syariah supaya dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat ke atas kesalahan qazaf bukan sahaja di Wilayah Persekutuan bahkan di seluruh Malaysia.

Soalan 54: Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji semula undangundang seksyen 337B dan undang-undang 337C agar hukuman lebih berat diberikan kepada pesalah seks luar tabii agar ianya menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2550695108307865

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo