NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bosan Dengan Politik Hanyir, Pemuda PAS Tawar 5 Solusi


Lima penyelesaian politik kotor

HASNIZA HUSSAIN | | 3 Julai 2019

TERDAPAT lima penyelesaian kepada politik hanyir atau kotor yang sedang berlaku dalam negara ketika ini.

Lima faktor tersebut ialah orang yang mendakwa​, orang yang didakwa atau difitnah, ​medium yang digunakan, penguatkuasaan dan yang terakhir ialah rakyat. ​Lima fa​k​tor ​ini sebenarnya dalam Islam ada solusinya, di mana orang yang mendakwa dan didakwa itu boleh diambil tindakan qazaf di Mahkamah Syariah. Ini menunjukkan ada rang undang-undang untuk menyelesaikan masalah.

Dari segi penguatkuasaan pula, sebagai contoh akta berita palsu boleh diperkasa supaya berita-berita tidak betul atau fitnah tiada lagi dalam episod media sosial. Ia tak perlu diraikan sehingga mengganggu keharmonian rakyat.

Seterusnya, faktor keempat iaitu menerusi platform, kita seru kepada rakan-rakan media untuk mainkan peranan bersama. Kurangkan ‘spin’ ​dan kami pembangkang juga akan berusaha untuk berubah dan keluar dari naratif pembangkang yang mencari salah kerajaan.

Yang terakhir rakyat juga perlu mainkan peranan. Apabila menerima sesuatu berita, perlu bertenang, kena siasat.

Ini kerana negara boleh rosak kerana pemimpin dan juga boleh rosak kerana rakyatnya. Jadi pemimpin dan rakyat mempunyai hubungan simbiosis dan pihak penguatkuasaan pula perlu mainkan peranan dengan lebih hebat.

Dalam menyelesaikan masalah ada dua faktor iaitu fire fighting dan prevention.

Di peringkat parti politik kena berjiwa besar, kena kembali kepada prinsip dan pendidikan. Di peringkat kerajaan kena mainkan peranan, begitu juga dengan penguatkuasaan. Kalau semua bertindak dalam satu pasukan, pasti politik hanyir akan dipupuskan dalam negara.

Baru-baru ini kami lancarkan Kelab Siswa Pas di mana kelab ini secara terbuka mengajak siapa sahaja, bukan sahaja hendak menuntut ilmu di universiti tetapi boleh belajar selok-belok politik dalam negara. Masuk tak perlu isi borang Pas, yang penting kamu belajar tentang Pas atau belajar politik yang ada dalam negara ini.

Itu merupakan satu langkah berani dan pasti berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Baru-baru ini kami ditanya tentang isu sekolah vernakular, anak muda menantikan jawapan, adakah saya selaku Ketua Pemuda Pas akan menyalahkan pemimpin lepas, yang memerintah selama 61 tahun atau menyalahkan pemimpin baharu yang memimpin setahun lebih. Tapi kita ambil pendekatan mengeluarkan idea baru di mana dalam dunia 4.0 ini, ia adalah masa untuk mencuba formula baru.

Ia juga adalah political way dan kami cadang wajibk​a​n ​kembali tulisan jawi dan kedua wajibkan pengajaran bahasa Tamil dan bahasa Mandarin di sekolah tanpa perlu lulus peperiksaan. Maknanya orang Melayu terutamanya Pemuda Pas mengimpikan untuk melihat orang Melayu boleh berbahasa Mandarin dan Tamil, begitu juga sebaliknya. Bayangkan national unity yang dapat kita bentuk, bila ada common ground yang sama. Bukan ambil pendekatan mansuh itu atau mansuh ini.

Saya ambil contoh untuk kes pencemaran Sungai Kim Kim di Johor, ramai tidak melihat betapa seriusnya apa yang berlaku di sana.​ Langkah kami​ di Pemuda Pas, kami ​kumpulk​a​n profesion​a​l d​alam bidang waste managemnt dan dalam minggu ini,​ ​​kita akan jumpa pihak kementerian berhubung perkara ini. I​ni politik baru yang kita nak sampaikan, orang akan kata politik naif tapi ini perubahan yang perlu kita bawa.



Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/35537/KHAS/Wacana/Lima-penyelesaian-politik-kotor

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo