IPOH – Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Hamidah Osman rela dihantar ke Tanjung Rambutan daripada berbohong kepada rakyat.
Menurutnya, beliau tidak sanggup berbohong kepada rakyat dan menganiaya bangsa untuk kepentingan sendiri.
Katanya, beliau tidak mahu di hadapan rakyat cakap lain dan di belakang rakyat cakap lain kerana itu semua akan dijawab di akhirat nanti.
“Saya agak hairan kenapa setelah mengakui (Lim Kit Siang mencadangkan penubuhan BERSATU) Tun Mahathir mencadangkan supaya saya dan Datuk Seri Najib masuk Tanjung Rambutan?
“Namun saya berpendapat biarlah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada bangsa, agama dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hamidah membalas reaksi Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam agar beliau dihantar ke Tanjung Rambutan kerana mendakwa Bersatu ditubuhkan atas cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Hamidah secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Mahathir kerana akhirnya mengakui bahawa sememangnya Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti melayu untuk menarik 10 peratus undi UMNO.
“Nampaknya bukan Melayu yang mudah lupa tetapi Kit Siang yang sudah lupa,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Pengasas Urimai P Ramasamy berkata, tugas utama partinya adalah memberikan ‘pengajaran yang menyakitkan kepada kerajaan Madani pimpinan PH’....
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment